window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JetPack Aviation Speeder, motosikal terbang yang dijangka terjah pasaran seawal 2023!

Khairil ยท Aug 18, 2021 09:00 AM

JetPack Aviation Speeder, motosikal terbang yang dijangka terjah pasaran seawal 2023! 01

Sehingga kini, kelibat motosikal terbang hanya boleh dilihat dalam filem fiksyen sains namun situasi itu bakal berubah apabila syarikat teknologi Amerika Syarikat, JetPack Aviation menyuarakan hasrat untuk melancarkan kenderaan berkenaan seawal 2023.

Dikenali sebagai Speeder, motosikal terbang berkenaan dikatakan sudah melepasi fasa pertama ujian penerbangan prototaip motosikal terbang di California, Amerika Syarikat.

Sedikit info, JetPack Aviation adalah antara syarikat yang mencipta teknologi canggih Jetpack atau pek jet yang membolehkan manusia terbang di udara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk motosikal terbang Speeder, syarikat itu merancang untuk menghasilkan dua versi bagi kegunaan harian.

JetPack Aviation Speeder, motosikal terbang yang dijangka terjah pasaran seawal 2023! 01

Menggunakan enjin turbojet, motosikal terbang futuristik ini dikawal menggunakan perisian kawalan penerbangan canggih yang dibina oleh JetPack Aviation sendiri untuk memantau dan penyesuaikan tujahan.

Hasilnya, sistem itu akan membuatkan Speeder berfungsi seperti motosikal biasa dan secara automatik menstabilkan motosikal berkenaan ketika berada di udara. Menurut JetPack Aviation, sistem perisian berkenaan mengambil masa setahun setengah untuk dibangunkan.

JetPack Aviation Speeder, motosikal terbang yang dijangka terjah pasaran seawal 2023! 02

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JetPack Aviation, David Mayman berkata pihaknya akan menghasilkan versi ultra ringan (tidak memerlukan lesen penerbangan) yang dijangka bersedia dalam tempoh dua tahun dan versi lebih kompleks dalam tempoh enam bulan berikutnya.

"Versi ultra ringan akan dihadkan kepada 60 mph (97 km/j - selaras dengan peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan tempoh penerbangan selama 15 minit.

JetPack Aviation Speeder, motosikal terbang yang dijangka terjah pasaran seawal 2023! 03

"Versi lebih canggih pula memerlukan lesen asas juruterbang. Kelajuan versi berkenaan dikatakan sekitar 250 mph (402 km/j) dengan tempoh penerbangan sekitar 35 minit."

Sekalipun reka bentuk asal motosikal berkenaan menggunakan empat turbin (seperti yang ditunjukkan dalam gambar lakaran), produk akhir akan menggunakan lapan turbin bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

JetPack Aviation Speeder, motosikal terbang yang dijangka terjah pasaran seawal 2023! 04

Dengan berat sekitar 136 kg, Speeder boleh membawa beban hampir dua kali ganda beratnya dan turut dilengkapi dengan ciri-ciri lain seperti panel skrin 12 inci dan sistem radio.

Harga awal yang diletakkan oleh Jetpack Aviation Speeder adalah AS$ 381,000 (RM 1.6 juta) dan mereka sudah pun mula mengambil tempahan untuk versi pengguna.

Sumber: RobbReport Sumber imej: Jetpack Aviation

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda