window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram?

Mersita · Jul 14, 2020 03:00 PM

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 01

Semua varian Perodua Myvi mempunyai brek dram di belakang. Sama juga seperti barisan terkini Honda City. Toyota Vios pula mempunyai brek cakera ‘solid’ di belakang untuk varian “G”, tetapi varian “E” dan “J” didatangkan dengan brek dram belakang. Selalunya digambarkan sebagai spesifikasi murah, brek dram masih lagi lazim digunakan pada kereta-kereta moden masa kini.

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 02

Brek sudu purba pada basikal Penny-Fathing

Sebelum kita menggelarkan brek dram sebagai 'purba', perlu diingatkan yang idea penghasilan brek jenis dram dan cakera sudah muncul sejak awal abad ke-20 lagi. Walaubagaimanapun, brek cakera melangkaui brek dram dari segi kebolehan penghentian dan pelepasan haba.

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 03

Pemutar brek cakera bersinar. Sumber gambar.

Brek cakera selalunya dikaitkan dengan prestasi tinggi dan kaitan ini amat tepat sekali. Sebagai peminat kereta yang muda, kami gemar melihat pemutar brek yang bersinar dan kadang-kadang bertukar jadi warna hijau, kuning, atau merah bergantung pada suhu pemutar tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 01

Penutup kaliper brek warna merah tidak meningkatkan prestasi brek ataupun meningkatkan kuasa kuda

Di samping prestasi tinggi brek cakera, nilai estetikanya juga digemari oleh ramai peminat kereta di seluruh dunia. Kaliper brek merah menjadi semakin popular dan ramai yang cuba untuk meniru gaya ini dengan kaliper yang dicat merah atau dengan penutup kaliper brek dengan warna sama.

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 02

“Jesse’s Jetta” dengan 3029 menggunakan brek cakera berventilasi dengan 'calliper delete'

Ia amat ketara yang brek cakera berfungsi dengan lebih baik. Jika nak tahu kenapa, mula-mula kita kena fahami dulu bagaimana alat-alat ini berfungsi. Jom bincangkan aspek teknikalnya.

S: Bagaimana rupa bentuk brek dram dan brek cakera?

J: Seperti ini:

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 03

S: Bagaimana brek dram berfungsi?

J: Dengan mengepit dram bersama kasut brek. Inilah rupa bentuknya di dalam brek dram. Brek dram boleh boleh menjana tenaga sendiri dan ia mampu mengunci tayar dengan lebih kuat lagi jika tayar cuba untuk bergolek.

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 04

Mekanisma brek dram. Gambar: Blue Pigeons

S: Bagaimana brek cakera berfungsi?

J: Dengan mengepit pemutar brek menggunakan kaliper brek.

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 05

Mekanisma brek cakera. Gambar: Mechanical Booster

S: Apakah kebaikan-kebaikan brek cakera?

1. Lebih cekap dalam memperlahankan kenderaan.

2. Pelepasan haba yang lebih baik kerana permukaan terbuka yang luas pada pemutar breknya.

3. Brek cakera lebih kurang berkemungkinan untuk memerangkap air kerana rekaan terbukanya berbanding rekaan yang tertutup pada brek dram.

4. Brek cakera lebih kurang kemungkinannya untuk memerangkap habuk juga kerana rekaan terbukanya berbanding brek dram. Ini juga sebabnya kenapa tayar hadapan anda lebih cepat berhabuk berbanding tayar belakang.

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 06

Tayar hadapan selalunya diselaputi habuk brek.

S: Adakah ABS hanya berfungsi dengan brek cakera?

J: Tidak. Kedua-dua jenis brek (cakera dan dram) boleh digunakan dengan ABS.

S: Adakah dengan mempunyai brek dram belakang bermaksud kereta saya tidak berhenti dengan baik?

J: Brek cakera memberhentikan kereta dengan lebih baik berbanding brek dram. Walaubagaimanapun, bagi pemanduan harian yang biasa, mempunyai brek cakera belakang tidak memberi kelebihan yang ketara. Lagipun, kebanyakan kerja penghentian kereta dilakukan oleh brek hadapan. Tapi, mempraktikkan kaedah yang betul untuk membrek enjin boleh memanjangkan jangka hayat brek kereta anda.

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 07

Brek cakera besar yang digunakan untuk trak

S: Dah tu, kenapa brek dram masih digunakan dalam kereta-kereta moden?

1. Pengilangan. Brek dram adalah lebih murah untuk dihasilkan dan ia juga berfungsi sebagai brek parkir. Kereta yang dikelilingi brek cakera memerlukan brek ekstra untuk berfungsi sebagai brek parkir.

2. Keselamatan (parkir). Brek dram mengunci tayar dengan lebih mudah dan berfungsi sebagai brek parkir yang lebih baik berbanding brek cakera. Mereka yang gemar melakukan ‘handbrake turns’ juga mungkin lebih sukakan brek dram belakang kerana ia mengunci dengan lebih baik (‘self-energizing’).

3. Brek dram juga lebih kecil dan ringan tetapi ini bukanlah sebab mengapa kereta moden masih menggunakannya.

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 08

Brek dram belakang pada Ford Fiesta EcoBoost

Kesimpulannya, brek cakera berfungsi dengan lebih baik dalam memperlahankan kereta. Kereta berprestasi tinggi dan trak-trak besar juga menggunakan brek cakera. Walaubagaimanapun, brek dram berfungsi lebih baik dalam mengunci tayar.

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram? 09

Bahagian-bahagian di dalam brek dram

Kereta-kereta moden yang ringan masih mempunyai brek dram kerana kebanyakan kerja-kerja pemberhentian dilakukan oleh brek hadapan. Walaupun ia dikatakan ‘purba’, brek dram cukup sempurna bagi pemanduan harian disamping lebih mudah untuk dihasilkan. Untuk tahu lebih lanjut tentang cara-cara memeriksa brek tanpa menggunakan sebarang alatan, lawati pautan ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda