window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Jika bukan Covid-19, Rossi mungkin tak bersama Petronas Yamaha SRT'

Khairil ยท Jan 19, 2021 05:00 PM

'Jika bukan Covid-19, Rossi mungkin tak bersama Petronas Yamaha SRT' 01

Legenda MotoGP, Valentino Rossi berkemungkinan tidak menyertai pasukan Petronas Yamaha SRT jika berpandukan kepada prestasi yang ditampilkan penunggang Itali itu pada musim 2020.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Prinsipal pasukan berkenaan, Datuk Razlan Razali dalam satu temuramah bersama GPOne.com, baru-baru ini.

'Jika bukan Covid-19, Rossi mungkin tak bersama Petronas Yamaha SRT' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika ditanya mengenai 'tugas' pasukan satelit Yahama yang sepatutnya mengilap bakat-bakat baharu, Razlan berkata pihaknya mempunyai alasan sendiri apabila memilih Rossi yang juga pelumba paling tua dia atas paddock.

Sebagai rekod, Rossi yang berusia 41 tahun menamatkan saingan musim lalu di kedudukan ke-15 keseluruhan tanpa sebarang kemenangan dengan kedudukan terbaiknya adalah di tempat ketiga di GP Andalusia.

'Jika bukan Covid-19, Rossi mungkin tak bersama Petronas Yamaha SRT' 01

"Kami membuat pengecualian untuk Valentino disebabkan oleh pandemik tahun lalu," kata Razlan dalam temubual menerusi penstriman video itu.

"Yamaha memberitahu mengenai Valentino awal tahun lalu atau penghujung 2019, tetapi jika ia adalah tahun yang normal, kami akan membuat penilaian. Kami tetap sama, jika Valentino tidak sesuai, kami akan melihat kepada pelumba muda daripada Moto2 atau Moto3 dan menggilap mereka seperti yang kami lakukan terhadap Fabio (Quartararo).

'Jika bukan Covid-19, Rossi mungkin tak bersama Petronas Yamaha SRT' 02

"Memiliki Valentino dalam pasukan masih satu perkara yang mengujakan, tetapi dia tetap akan dinilai jika ia adalah tahun yang normal, tetapi kerana kita tidak berada pada tahun yang normal, penting untuk pasukan mempunyai kestabilan dan prestasi pada 2021.

"Kami juga masih boleh merekrut pelumba dari Moto2 tetapi kami juga tidak tahu bagaimana prestasi mereka jadi bagi pandangan kami, ia terlalu berisiko juga.

'Jika bukan Covid-19, Rossi mungkin tak bersama Petronas Yamaha SRT' 03

"Kami memilih Valentino kerana dia mengenali jentera (Yamaha), beliau boleh memberikan kestabilan dan masih boleh memberikan persembahan yang diharapkan.

"Ia juga adalah cabaran untuk melihat sama ada beliau boleh kembali ke tahap terbaiknya bersama kami, dan kami tidak kisah mengambil cabaran berkenaan.

'Jika bukan Covid-19, Rossi mungkin tak bersama Petronas Yamaha SRT' 04

"Rancangan kami adalah sentiasa mencari bakat-bakat baru dan mengembangkan bakat berkenaan untuk pasukan dan juga Yamaha."

Jika mengikut perancangan awal, pasukan Petronas Yamaha SRT akan menampilkan jentera musim 2021 dan Rossi kepada umum ketika ujian musim sejuk di Litar Antarabangsa Sepang, bulan depan.

'Jika bukan Covid-19, Rossi mungkin tak bersama Petronas Yamaha SRT' 05

Tetapi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, ia terpaksa dibatalkan.

Sumber imej: Facebook Razlan Razali, Facebook PETRONAS SRT, Facebook Valentino Rossi

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda