window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Johor mahu jadi perintis infrastruktur dan mekanisme kenderaan elektrik, diinspirasikan Singapura!

Haris ยท Mar 23, 2023 10:00 AM

Johor mahu jadi perintis infrastruktur dan mekanisme kenderaan elektrik, diinspirasikan Singapura! 01

Kerajaan negeri Johor akan menubuhkan sistem bagi menggalakkan penggunaan kereta elektrik (EV) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat hasil inisiatif kerajaan negeri untuk menggalakkan penggunaan EV di negeri ini secara berperingkat.

Kata Onn Hafiz, langkah itu juga resiprokal dengan inisiatif Singapura yang bercadang akan menghentikan pendaftaran kereta petrol baharu menjelang tahun 2030.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Johor mahu jadi perintis infrastruktur dan mekanisme kenderaan elektrik, diinspirasikan Singapura! 01

"Johor tidak boleh elak, maksudnya kita perlu ada perancangan untuk mengadakan usahasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai penggunaan EV.

"Saya akan bincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani supaya ada satu mekanisme yang lebih teratur dan juga strategik membabitkan industri yang mempunyai punca kuasa untuk menyokong strategi berhubung EV untuk tahun-tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan (Dun) Johor di sini, hari ini.

Johor mahu jadi perintis infrastruktur dan mekanisme kenderaan elektrik, diinspirasikan Singapura! 02

Dalam pada itu, Onn Hafiz (BN-Machap) berkata Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran berkongsi strategi penggunaan kenderaan EV di republik itu semasa lawatan kerja beliau di sana bulan lepas.

"Selain itu, saya turut mencadangkan supaya diwujudkan laluan feri ketiga ke republik itu menerusi terminal Puteri Harbour di sini, ke Tuas, Singapura.

"Walaupun begitu, cadangan ini masih lagi dalam proses perancangan dan semestinya memerlukan kelulusan di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) sebelum dibawa ke peringkat MOT Singapura," katanya.

Baca: Johor mahu galakkan PBT guna kenderaan elektrik, Singapura jadi penanda aras!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia