window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jom layan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance di SIC, hujung minggu ini, Hafizh Syahrin pun lumba!

Khairil ยท Dec 9, 2022 11:00 AM

Jom layan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance di SIC, hujung minggu ini, Hafizh Syahrin pun lumba! 01

Perlumbaan lasak malam pertama negara, Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 pada 11 Disember ini di SIC akan dimeriahkan dengan kehadiran jaguh WSBK negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Bukan sekadar penonton atau VIP, tetapi kehadiran Hafizh di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) adalah untuk turut berlumba dan bekas pelumba MotoGP negara itu akan berlumba dalam kelas perdana, MP150 Elite.

Jom layan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance di SIC, hujung minggu ini, Hafizh Syahrin pun lumba! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi jangan menjangkakan Hafizh akan menerima cabaran yang mudah kerana penganjur perlumbaan turut membawaka penunggang-penunggang profesional jemputan bukan saja tempatan, malah antarabangsa.

Ia sekali gus menyaksikan edisi Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance kali ini menjanjikan aksi hebat dan menarik.

Jom layan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance di SIC, hujung minggu ini, Hafizh Syahrin pun lumba! 01

Hafizh Syahrin

Lebih menarik, tiada bayaran masuk dikenakan untuk penonton menyaksikan acara ini dari Grandstand Utama dengan penganjur turut memperagakan pelbagai 'promo booth' di Mall Area untuk dikunjungi.

Ketua penganjur dan Presiden Kelab Sukan Bermotor BRAAAP, Azuan Izadee berkata pihaknya secara keseluruhan sudah pun mendapat pengesahan penyertaan pelumba dari Thailand, Taiwan, Indonesia dan Singapura selain peserta tempatan.

Jom layan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance di SIC, hujung minggu ini, Hafizh Syahrin pun lumba! 02

"Mereka akan bersaing dalam enam kategori perlumbaan di mana tiga adalah untuk saingan 'endurance' dan tiga lagi untuk perlumbaan 'sprint'," kata Azuan.

Untuk kelas endurance, ia adalah ekslusif untuk jentera 'kapcai' atau Moped berkapasiti 150 cc dan 'sportbike' dengan kapasiti maksimum 400 cc.

Jom layan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance di SIC, hujung minggu ini, Hafizh Syahrin pun lumba! 03

Untuk memperhebatkan lagi perlumbaan berkenaan, Azuan berkata pihak penganjur telah bekerjasama dengan pertubuhan SK13 yang merupakan pemegang rekod Malaysia Books of Record (MBOR) untuk perhimpunan motosikal terbesar di negara ini yang dicatat pada tahun 2018 lalu.

"Selain acara perlumbaan, satu acara tarikan yang akan diadakan adalah acara 'Tobaki Hotlap' di mana 150 peserta dari SK13 dan rakan-rakan penaja B2HEndurance akan membuat satu pusingan mengelilingi litar bersama-sama tetamu kehormat," katanya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda