window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ bakal guna sistem ujian memandu e-testing April ini, jimat masa!

Khairil ยท Jan 19, 2022 09:00 AM

JPJ bakal guna sistem ujian memandu e-testing April ini, jimat masa! 01

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melancarkan sistem e-testing iaitu kaedah mengukur prestasi calon melalui ujian memandu secara elektronik serta menjana keputusan ujian memandu secara terus pada April ini.

Sistem canggih seumpama itu sebelum ini sudah dipraktikkan di negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun.

Juga baca: JPJ kutip RM 4.2 billion tahun lalu, berikrar akan terus menyumbang kepada negara

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

JPJ bakal guna sistem ujian memandu e-testing April ini, jimat masa! 01

Perkembangan menarik itu dikongsikan Ketua Pengarah JPJ, Dato Zailani Hashim selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 jabatan itu, baru-baru ini.

Zailani berkata, sistem berkenaan ketika ini berada Peringkat Pembuktian Konsep (POC) dengan tarikh pelancarannya dijadualkan ketika sambutan ulang tahun JPJ ke-76 pada April nanti, memetik laporan Bernama.

JPJ bakal guna sistem ujian memandu e-testing April ini, jimat masa! 02

Zailani (dua kiri) ketika Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 JPJ, baru-baru ini.

Susulan perlaksanaan e-testing, bilangan pegawai penguji akan dikurangkan kerana ia hanya memerlukan dua penguji sahaja berbanding tujuh ketika ini memandangkan proses itu akan dibantu gajet teknologi.

Dan lebih menarik, keputusan ujian akan dapat diketahui pada masa itu juga berbanding dua minggu ketika ini.

Juga baca: Info tak betul, JPJ nafi kategori lesen motosikal berubah!

JPJ bakal guna sistem ujian memandu e-testing April ini, jimat masa! 03

Mengulas lanjut mengenai sistem berkenaan, ia masih melibatkan pembelajaran dalam kelas, litar dan jalan raya namun terdapat perubahan untuk pembelajaran sesi di litar iaitu pegawai dan calon tidak duduk sekali di dalam kereta.

Katanya, kaedah berkenaan sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun dengan Malaysia sedang menuju ke arah tersebut bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu.

JPJ bakal guna sistem ujian memandu e-testing April ini, jimat masa! 04

Selain itu, dalam merealisasikan usaha pendigitalan, JPJ juga sedang berusaha ke arah pendigitalan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia bagi membolehkan urusannya dilaksanakan secara hibrid secara berperingkat.

"Ia (pendigitalan) mampu mengurangkan kesesakan di kaunter malah urusan pembaharuan juga boleh dibuat secara dalam talian di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa iaitu perkhidmatan di hujung jari," kata Zailani.

Juga baca: PDRM: Terhadkan pengeluaran lesen memandu untuk warga emas

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda