window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ gegar Puspakom Selangor, separuh dari pemegang trade plate salahguna lesen!

Haris ยท Mar 29, 2021 11:00 AM

JPJ gegar Puspakom Selangor, separuh dari pemegang trade plate salahguna lesen! 01

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor telah mengadakan Ops Trade Plate yang bertujuan untuk mengesan penyalahgunaan trade plate pada kenderaan tertentu.

Operasi ini telah diketuai oleh Tn Mohamad Hafiz bin Usman, Ketua Bahagian Penguatkuasa  dan anggota Unit Operasi, Unit Penguatkuasaan Overloading serta Unit Penguatkuasaan Bermotosikal JPJ Negeri Selangor.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

JPJ gegar Puspakom Selangor, separuh dari pemegang trade plate salahguna lesen! 01

Trade plate adalah lesen perdagangan kenderaan motor yang diberikan kepada syarikat untuk kegunaan perniagaan. Syarikat yang dibenarkan menggunakan trade plate adalah syarikat pembuat kenderaan, pembaik pulih kenderaan dan peniaga/pengedar kenderaan sahaja.

Trade plate digunakan untuk kegunaan kenderaan yang tidak boleh memohon lesen kenderaan motor biasa tetapi digunakan atas jalan raya.

JPJ gegar Puspakom Selangor, separuh dari pemegang trade plate salahguna lesen! 02

Risikan JPJ Selangor mendapati bahawa kebanyakan pemegang trade plate telah menyalah gunakan trade plate masing-masing. Antara kesalahan yang dilakukan adalah trade plate palsu, trade plate tamat tempoh, menggunakan trade plate syarikat lain, menggunakan trade plate selain tujuan yang ditetapkan dan tidak mempamerkan trade plate hadapan atau belakang.

JPJ gegar Puspakom Selangor, separuh dari pemegang trade plate salahguna lesen! 03

Sebanyak 79 buah kenderaan telah diperiksa dan 41 buah kenderaan telah diambil tindakan. Operasi gempur tersebut diadakan di sekitar PUSPAKOM di mana kenderaan berat melakukan pemeriksaan berkala.

Hukuman bagi kesalahan ‘menggunakan trade plate palsu’, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM 5,000 dan tidak lebih dari RM 20,000 atau penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih dari 5 tahun dibawah Seksyen 108(3) APJ 1987.

Selain itu, kenderaan yang didapati menggunakan trade plate palsu juga boleh disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987.

JPJ gegar Puspakom Selangor, separuh dari pemegang trade plate salahguna lesen! 04

Kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan trade plate yang betul perlu ditegaskan terhadap syarikat-syarikat yang memegang trade plate ini. Pihak penguatkuasa sangat dialu-alukan untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang tidak kiralah individu biasa mahupun syarikat.

Bacaan Lanjut:

JPJ Kelantan sita 157 kereta klon, pemilik berdepan denda sehingga RM 20k dan penjara!

Lindungi lori langgar syarat - 32 pegawai JPJ dicekup SPRM, makan suap RM 1.64 juta

14,142 notis saman JPJ dikeluarkan - kesalahan tayar celup, lampu brek tiada, kayu & besi sendal

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda