window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ iring konvoi Ford Mustang, netizen persoal kenapa JPJ tak saman modifikasi melampau

Faisal ยท Dec 6, 2021 11:00 AM

JPJ iring konvoi Ford Mustang, netizen persoal kenapa JPJ tak saman modifikasi melampau 01

Netizen pertikaikan kehadiran JPJ yang mengiring kereta konvoi Ford Mustang.

Konvoi kelab Ford Mustang Malaysia ke Perlis pada Jumaat lalu cukup hangat diperkatakan oleh warganet kerana kebanyakan daripada pemilik dilihat mengenakan modifikasi yang keterlaluan.

Perkara ini dikeruhkan lagi apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri yang mengiring konvoi tersebut, iaitu pihak yang sering mengeluarkan saman terhadap pengguna jalan raya.

Namun pihak JPJ telahpun menjelaskan bahawa kehadiran kenderaan jabatan itu hanyalah untuk memastikan kelancaran aliran trafik.

Menurut Pengarah JPJ Perlis, pihak penganjur meminta bantuan mereka untuk memastikan tiada kesesakan jalan raya yang boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, JPJ Perlis telahpun memecahkan konvoi lebih 50 buah Ford Mustang itu kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 ke 12 buah kenderaan. Setiap kumpulan kecil itu dipandu arah oleh ‘lead car’ JPJ sendiri.

Konvoi tersebut tidak menggunakan laluan sesak dan mereka memilih jalan yang lebih jauh bagi memastikan keselesaan kepada pengguna lain. Malah, arahan seperti berikan laluan juga tidak dibuat dan undang-undang had laju dan lampu isyarat juga dipatuh seperti biasa.

JPJ iring konvoi Ford Mustang, netizen persoal kenapa JPJ tak saman modifikasi melampau 01

Kredit: Rizal Abdullah.

Untuk pengetahuan anda, pihak JPJ sempat membuat pemeriksaan rambang terhadap modifikasi yang dikenakan oleh para pemilik. Isu panas seperti penggunaan cermin gelap juga tidak dapat dipersoalkan kerana pemilik sememangnya telah mendapat kelulusan di atas faktor keselamatan, kesihatan dan lain-lain.

Sumber: Kosmo

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Ford Mustang 2.3 EcoBoost

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda