window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ Johor lancar operasi sasar geng p-hailing, 25 kompaun direkod dalam 2 jam!

Khairil ยท Oct 8, 2021 10:00 AM

JPJ Johor lancar operasi sasar geng p-hailing, 25 kompaun direkod dalam 2 jam! 01

Gagal mematuhi arahan lampu isyarat dan tidak memiliki lesen memandu (CDL). Itu antara kesalahan direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor sepanjang operasi yang menyasarkan penunggang p-hailing selama kurang dua jam di Johor Bharu, baru-baru ini.

Hasil daripada operasi yang dilakukan di lokasi tumpuan atau 'hotspot' perkhidmatan tersebut, sebanyak 25 notis kompaun dikeluarkan.

Juga baca: Kepada 'kaki' gemar langgar lampu isyarat, ini amaran khusus JPJ untuk anda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

JPJ Johor lancar operasi sasar geng p-hailing, 25 kompaun direkod dalam 2 jam! 01

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata jumlah notis yang dikeluarkan dalam tempoh singkat itu menunjukkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang perkhidmatan p-hailing adalah rendah.

Dalam kenyataan berkenaan, JPJ Johor berkata mereka menerima banyak aduan mengenai penunggang perkhidmatan p-hailing yang membabitkan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. 

JPJ Johor lancar operasi sasar geng p-hailing, 25 kompaun direkod dalam 2 jam! 02

“Sehubungan dengan itu, Seksyen Operasi, Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Johor telah menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi hotspot. Tujuannya adalah untuk mengesan ketidakpatuhan tujuh kesalahan utama jalan raya yang menjadi punca kemalangan maut,” tulis kenyataan berkenaan memetik Utusan Online.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang dikenakan notis kompaun berdepan dengan maksimum kompaun berjumlah RM 300. 

Juga baca: Cukai jalan, lesen memandu ‘mati’ tidak dikenakan tindakan sehingga 31 Disember 2021

JPJ Johor lancar operasi sasar geng p-hailing, 25 kompaun direkod dalam 2 jam! 03

Program advokasi penunggang p-hailing yang dilakukan JPJ Johor bersama Food Panda, baru-baru ini.

Menurut JPJ Johor lagi, jabatan itu turut melaksanakan program advokasi kepada penunggang p-hailing dengan matlamat agar golongan berkenaan dapat menitik berat pematuhan peraturan jalan raya dan keselamatan semasa menjalankan perkhidmatan penghantaran. 

Sebagai lanjutan, JPJ Johor berkata aktiviti penguatkuasaan dan advokasi akan dijalankan secara berterusan di seluruh negeri berkenaan bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap pematuhan peraturan jalan raya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda