window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ kutip hasil RM 807 juta sehingga Feb - perkhidmatan bergerak, pandu lalu dan kios bantu kutipan

Haris · Apr 4, 2023 05:00 PM

JPJ kutip hasil RM 807 juta sehingga Feb - perkhidmatan bergerak, pandu lalu dan kios bantu kutipan 01

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil sebanyak RM807 juta sehingga Februari lalu, RM28.8 juta daripadanya ialah kutipan melalui kaunter JPJ negeri Perak.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata sebanyak RM196,065 dikutip melalui kaunter bergerak JPJ Mobile dan RM1,709,184.50 (RM1.7 juta) lagi melalui kios fasa tiga.

"Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama sebagai satu pasukan meliputi seluruh warga kerja cemerlang JPJ, dengan kolaborasi erat rakan strategik, dan penggerak industri serta pihak berkepentingan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung," katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Teks ucapan Zailani dibacakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan, JPJ Mohd Tarmizi Abd Talib pada Majlis Perasmian Kaunter Pandu Lalu Stesen Penguatkuasa Kuala Kangsar.

JPJ kutip hasil RM 807 juta sehingga Feb - perkhidmatan bergerak, pandu lalu dan kios bantu kutipan 01

Turut hadir Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan.

Zailani turut memaklumkan sehingga Mac lalu, JPJ merekodkan sebanyak 35,309,623 kenderaan terkumpul seluruh Malaysia dan daripada jumlah itu, sebanyak 2,371,318 kenderaan terkumpul direkodkan di Perak.

Sementara bagi tempoh sama pemegang lesen memandu aktif terkumpul seluruh negara adalah sebanyak 14,757,707 dan daripada jumlah itu sebanyak 530,927 pemegang lesen memandu aktif direkodkan di Perak.

Sementara itu, Mohammad Yusoff berkata perkhidmatan kaunter pandu lalu Kuala Kangsar akan memanfaatkan 150,000 orang penduduk di kawasan itu dan rakyat di Perak secara amnya.

JPJ kutip hasil RM 807 juta sehingga Feb - perkhidmatan bergerak, pandu lalu dan kios bantu kutipan 02

"Ini adalah kaunter pandu lalu keempat selepas Pulau Pinang, Sabah dan Negeri Sembilan. Kami usahakannya sejak 2021 dan telah mendapat peruntukan pada 2022 sebanyak RM360,000 termasuk kos peralatan.

"Sejak perlaksanaan perkhidmatan ini pada bulan lalu, bermula 1 hingga 31 Mac, kami dapat mengutip RM256,000," katanya.

Beliau berkata inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan bahawa kerajaan sentiasa cakna dan responsif kepada maklum balas rakyat yang mahukan kepelbagaian mod perkhidmatan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa terutama di kawasan tempatan.

Katanya, setakat ini JPJ Perak menerima purata pelanggan 4,200 orang setiap hari dengan pengoperasian sebanyak 28 kaunter. - Bernama

Baca: Mencetak kad lesen memandu, JPJ selama ini rugi RM14 juta. Nasib baik dah ubah ke sistem digital?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda