window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ Perak sediakan khidmat ‘renew’ lesen memandu, cukai jalan secara pandu lalu bermula esok

Mersita · Aug 25, 2021 11:59 AM

JPJ Perak sediakan khidmat ‘renew’ lesen memandu, cukai jalan secara pandu lalu bermula esok 01

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan memulakan proses permohonan bagi memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia secara pandu lalu untuk orang awam di Pejabat JPJ Perak bermula esok, 26 Ogos 2021.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata sesi percubaan proses pandu lalu ini telahpun berjalan sejak Isnin bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan cekap. Kaedah pandu lalu ini akan dilancarkan secara rasmi pada Khamis dan ia dijangka boleh menerima sebanyak 100 kenderaan sehari.

JPJ Perak sediakan khidmat ‘renew’ lesen memandu, cukai jalan secara pandu lalu bermula esok 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Waktu operasi bagi pembaharuan lesen secara pandu lalu di JPJ Perak ini akan bermula dari 9 pagi hingga 12.15 tengahari. Kaedah ini akan ditawarkan sehingga 30 September 2021.

Pada hari pertama percubaan kaedah pandu lalu ini, sebanyak 240 transaksi berjaya dibuat dengan nilai keseluruhan RM12,114 dan melibatkan 56 kenderaan masuk pandu lalu, katanya selepas perasmian Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan ke-64 Peringkat JPJ Cawangan Seri Manjung pada semalam.

JPJ Perak sediakan khidmat ‘renew’ lesen memandu, cukai jalan secara pandu lalu bermula esok 01

Bagi urusan di kaunter pula, orang awam tidak dibenarkan ‘walk-in’ dan semua urusan haruslah dibuat secara temu janji sahaja. Tempahan temu janji JPJ Negeri Perak akan menggunakan Sistem JPJeQ melalui pautan ini https://temujanji.jpj.gov.my/ atau menerusi aplikasi mudah-alih di Google PlayStore dan Apple App Store.

Selain daripada kaedah pandu lalu, orang awam digalakkan mengguna perkhidmatan dalam talian Portal MySikap JPJ untuk sebarang urusan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda