window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ saman 35 pemilik kenderaan dengan lampu HID ‘haram’

Mersita · Dec 9, 2021 05:00 PM

JPJ saman 35 pemilik kenderaan dengan lampu HID ‘haram’ 01

Sebanyak 496 buah kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 35 buah kenderaan telah diambil tindakan atas kesalahan menggunakan lampu High-Intensity Discharge (HID) yang dipasang secara aksesori (retrofit) dalam satu operasi khas di Negeri Sembilan pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata, op khas Lampu HID itu dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan di Kilometer 5.5 Jalan Seremban-Tampin berhadapan pejabat JPJ berkenaan.

JPJ saman 35 pemilik kenderaan dengan lampu HID ‘haram’ 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Operasi ini dijalankan bagi memastikan pemilik kenderaan persendirian khususnya, mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

“Dalam operasi ini, sebanyak 496 kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 55 buah kenderaan telah diambil tindakan. Daripada jumlah ini  sebanyak 35 buah kenderaan telah diambil tindakan di bawah Kaedah 94 C&U 1959 kerana memasang lampu HID secara retrofit tanpa kebenaran,” jelasnya.

JPJ saman 35 pemilik kenderaan dengan lampu HID ‘haram’ 01

Beliau juga berkata penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan kerana kesalahan pemasangan lampu HID ini menimbulkan ketidakselesaan dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

JPJ saman 35 pemilik kenderaan dengan lampu HID ‘haram’ 02

Seperti kita sedia maklum, pemasangan lampu HID secara aksesori adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.

JPJ saman 35 pemilik kenderaan dengan lampu HID ‘haram’ 03

Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 dan boleh dikenakan denda sehingga RM 2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan dibawah Seskyen 119(1) APJ 1987.

Baca juga: Pakar: Pengharaman lampu HID patut diperketatkan, saman pemandu atau pengeluar kereta

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda