window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JrGP: Damok kibarkan Jalur Gemilang di Portugal, adegan lari daripada kena siram jadi tumpuan!

Khairil ยท Jul 18, 2022 02:00 PM

JrGP: Damok kibarkan Jalur Gemilang di Portugal, adegan lari daripada kena siram jadi tumpuan! 01

Jalur Gemilang berkibar gah di podium pusingan lima Kejuaraan Dunia JuniorGP (JrGP) FIM 2022 di litar Autodromo Algarve, Portugal yang menyaksikan pelumba negara, Syarifuddin Azman menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

Memulakan perlumbaan di petak kedua, Syarifuddin atau lebih popular dengan panggilan Damok menamatkan perlumbaan di belakang 'rakan sepasukannya', Jose Rueda dari Sepanyol.

JrGP: Damok kibarkan Jalur Gemilang di Portugal, adegan lari daripada kena siram jadi tumpuan! 02

Damok

Menggunakan jentera Honda, tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelumba Sepanyol, Adrian Cruces yang menggunakan jentera KTM.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: JrGP 2022: Tiada podium untuk 3 'rider' Malaysia di Valencia, Damok paling konsisten!

JrGP: Damok kibarkan Jalur Gemilang di Portugal, adegan lari daripada kena siram jadi tumpuan! 01

Gembira dengan keputusan yang diperoleh malah turut melakukan sujud syukur, begitupun gelagat Damok ketika di atas podium lebih mencuri tumpuan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZK Racing (@zkracingteam)

Selesai majlis penyampaian hadiah, Damok bertindak melarikan diri daripada rakan-rakannya di podium ketika upacara tradisi menyiram minuman keras berkemungkinan 'champagne'.

JrGP: Damok kibarkan Jalur Gemilang di Portugal, adegan lari daripada kena siram jadi tumpuan! 02

Keputusan di Portugal turut menyaksikan Damok kini menghuni kedudukan kedua keseluruhan kategori JrGP 2022 selepas mengutip 97 mata.

Juga baca: Damok cipta bangga di Catalunya, juarai perlumbaan 1 CEV Moto3!

JrGP: Damok kibarkan Jalur Gemilang di Portugal, adegan lari daripada kena siram jadi tumpuan! 03

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara di perlumbaan berkenaan, Danial Syahmi Ahmad Shahril tidak berjaya memperoleh keputusan diharapkan apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-18.

JrGP: Damok kibarkan Jalur Gemilang di Portugal, adegan lari daripada kena siram jadi tumpuan! 04

Hakim Danish

JrGP: Damok kibarkan Jalur Gemilang di Portugal, adegan lari daripada kena siram jadi tumpuan! 05

Danial Syahmi Ahmad Shahril

Dalam aksi ETC atau European Talent Cup pula, nasib malang menimpa wakil negara Hakim Danish Ramli apabila masalah jentera menyaksikannya tidak berjaya menamatkan perlumbaan.

Juga baca: Hakim Danish cipta bangga lagi, naik podium ETC 2022 di Portugal!

Keputusan pelumba negara

JrGP

  • Syarifuddin Azman - 2
  • Danial Syahmi Ahmad Shahril - 18

ETC

  • Hakim Danish Ramli - Tak habiskan perlumbaan

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda