window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jual Honda Civic EK turbo RM 78,000, sumbang 100% untuk tahfiz

Mersita · Feb 11, 2021 11:59 AM

Jual Honda Civic EK turbo RM 78,000, sumbang 100% untuk tahfiz 01

Apalah erti kereta hebat tapi tak beramal jariah. Seorang pengusaha pasar raya di Bentong, Pahang membuat keputusan untuk menjual kereta kesayangan beliau dengan harga RM 78,000 untuk disedekahkan kepada sebuah pusat tahfiz di Kampung Dala, Lanchang.

Jual Honda Civic EK turbo RM 78,000, sumbang 100% untuk tahfiz 02

Abdul Rahman Mat Isa yang berusia 31 tahun berhasrat untuk menginfakkan 100 peratus hasil jualan kereta tersebut ke jalan Allah dengan menyumbangkannya kepada pusat tahfiz tersebut yang musnah teruk setelah dilanda banjir baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jual Honda Civic EK turbo RM 78,000, sumbang 100% untuk tahfiz 01

Honda Civic EK turbo yang dipadatkan dengan enjin VTEC turbo tersebut merupakan keluaran tahun 1993 dan ia telah diubahsuai dengan pelbagai perincian dan kelengkapan hebat. Ia memang tampak hebat, seperti sebuah ‘project car’ yang selama ini dicurahi kasih sayang dan dibelai mesra.

Jual Honda Civic EK turbo RM 78,000, sumbang 100% untuk tahfiz 02

Namun, niat murni beliau untuk membantu pusat tahfiz tersebut tidak terkecap nilainya sehingga sanggup melepaskan kesenangan duniawi. Rakan baik Abdul Rahman, Mohd Nizam Hashim memberitahu Sinar Harian yang kereta tersebut sepatutnya boleh dijual dengan harga sehingga RM 100,000.

Jual Honda Civic EK turbo RM 78,000, sumbang 100% untuk tahfiz 03

Namun, Abdul Rahman gembira dengan tawaran RM 75,000 pada mulanya, sehinggalah pembeli itu sendiri yang menambah lagi RM 3,000 – menjadikan jumlahnya RM 78,000.

Jual Honda Civic EK turbo RM 78,000, sumbang 100% untuk tahfiz 04

Setelah iklan jualan kereta terbabit dimuatnaik di Facebook, Abdul Rahman menerima panggilan bertalu-talu dari pembeli yang berminat. Namun, seorang pembeli dari Shah Alam yang berminat dengan kereta tersebut serta-merta memindahkan wang lantas kereta itu pun terjual.

Jual Honda Civic EK turbo RM 78,000, sumbang 100% untuk tahfiz 05

Mohd Nizam memaklumkan yang hasil jualan tersebut akan diserahkan kepada pusat tahfiz berkenaan dalam masa terdekat.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda