window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jual motosikal kesayangan, Kawasaki Versys 650 cari dana bantu Palestin

Khairil ยท May 19, 2021 02:00 PM

Jual motosikal kesayangan, Kawasaki Versys 650 cari dana bantu Palestin 01

Sejak bumi Palestin kembali bergolak gara-gara serangan rejim Zionis, rakyat Malaysia yang bermurah hati berpusu-pusu menghulurkan bantuan dengan pelbagai cara.

Bagi seorang lelaki di Sabah, dia sanggup menjual motosikal berkuasa tinggi kesayangannya iaitu Kawasaki Versys 650 sebagai sumbangannya untuk membantu rakyat Palestin yang berada dalam kesusahan.

Menggunakan medium Facebook, pengguna media sosial itu yang bernama Khaidhir Ali Matar bersedia menjual motosikal miliknya itu pada harga RM 30,000.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Jualan Amal Palestin. Sebuah jentera versys 650 cc 2017. Jentera sangat-sangat terjaga," katanya sambil memberikan perincian mengenai jentera berkenaan termasuk aksesori yang disertakan.

Jual motosikal kesayangan, Kawasaki Versys 650 cari dana bantu Palestin 01

Sumber imej: Facebook Khaidhir Ali Matar

Katanya, semua duit yang diperoleh daripada hasil jualan itu akan didermakan untuk bantuan kepada Palestin.

Katanya lagi, kepada yang berminat, mereka boleh menghubunginya ustaz Abdul Muein Mohd Noor di talian 013-8021017 ataupun berurusan dengannya di talian 013-5673439.

Jual motosikal kesayangan, Kawasaki Versys 650 cari dana bantu Palestin 02

Sumber imej: Facebook Khaidhir Ali Matar

“Resit serah kepada saya dan boleh datang ambil motor pada bila-bila masa di Keningau, Sabah. Moga ALLAH gantikan dengan yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor turut membuka bidaan kepada orang ramai untuk membeli kereta miliknya iaitu Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) bagi tujuan sama.

Jual motosikal kesayangan, Kawasaki Versys 650 cari dana bantu Palestin 03

Dan semalam, kereta berkenaan yang dibuka pada harga rizab RM 55,000 dibida pada harga RM 150,000 oleh Pengarah Urusan Murtadha Dakwah, Mohammad Yaakub Yusra.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda