window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan 2021 Toyota & Lexus sampai November meningkat 26%, Corolla Cross Hybrid lampu hijau!

Faisal · Dec 7, 2021 06:00 PM

Jualan 2021 Toyota & Lexus sampai November meningkat 26%, Corolla Cross Hybrid lampu hijau! 01

Jualan Toyota dan Lexus mencerminkan Jumlah Keseluruhan Industri (Total Industry Volume, TIV) bagi November yang dijangka kurang berbanding TIV Oktober. Namun, permintaan untuk dua jenama ini kekal kukuh. Dengan 8,500 unit yang terjual di seluruh negara pada bulan Oktober, perbezaan dengan jumlah keseluruhan bagi November hanyalah 14 unit.

Jualan 2021 Toyota & Lexus sampai November meningkat 26%, Corolla Cross Hybrid lampu hijau! 02

Alphard versi bangsawan ini pun luar biasa laku.

Jumlah jualan keseluruhan bagi November adalah 8,486 unit, Ia terdiri daripada 6,620 kereta penumpang dan 1,866 kenderaan komersial (termasuk trak pikap). Bagi tempoh Januari hingga November, jualan keseluruhan bagi jenama Toyota dan Lexus mencapai angka 63,105 unit, iaitu 26% lebih tinggi berbanding tempoh sama bagi tahun lalu (50,074 unit).

Jualan 2021 Toyota & Lexus sampai November meningkat 26%, Corolla Cross Hybrid lampu hijau! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk model kereta penumpang, Vios kekal sebagai model Toyota paling laris dengan menyumbang 33% daripada jumlah jualan. Sementara itu, Hilux kekal sebagai trak pikap paling laris di Malaysia sejak 2005.

Jualan 2021 Toyota & Lexus sampai November meningkat 26%, Corolla Cross Hybrid lampu hijau! 01

“Pertumbuhan pasaran yang berterusan adalah tanda yang kami melangkah ke arah pemulihan. Norma baru bermakna pendekatan berbeza perlu diambil untuk beberapa perkara dan kita perlu peka dengan SOP. Di Toyota, kami telah menyesuaikan proses yang terlibat dengan sewajarnya. Pelanggan boleh berkunjung ke pusat pameran atau menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang sah dengan rasa lega bahawa kesihatan mereka akan terjamin,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Jualan 2021 Toyota & Lexus sampai November meningkat 26%, Corolla Cross Hybrid lampu hijau! 02

“Untuk bulan terakhir tahun ini, kami memberikan tawaran hebat dan menerusi promosi “Now Is The Time”, penjimatan dapat diberi sehingga RM5,500 untuk model terpilih. Selain itu, dasar pengecualian cukai jualan SST yang kerajaan teruskan yang akan menambah lagi penjimatan kepada pelanggan,” katanya.

Juga bacaBajet 2022 - pengecualian & diskaun cukai jualan SST DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2022!

Mengenai model hibrid baru

Jualan 2021 Toyota & Lexus sampai November meningkat 26%, Corolla Cross Hybrid lampu hijau! 03

Corolla Cross Hybrid di pasaran Thailand.

Persediaan juga sedang dimuktamadkan untuk acara utama, iaitu pelancaran kereta hibrid baharu dalam masa yang terdekat. Model Toyota Corolla Cross Hybrid yang baru kini dalam peringkat pra-produksi di ASSB, kilang pemasangan UMW Toyota Motor di Bukit Raja, Selangor.

“Sejak kami membuka tempahan untuk Corolla Cross Hybrid, maklum balas yang diterima adalah baik dan kami gembira melihat ramai rakyat Malaysia berhasrat untuk beralih ke teknologi kenderaan hibrid.” menurut Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Juga bacaToyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka!

Jualan 2021 Toyota & Lexus sampai November meningkat 26%, Corolla Cross Hybrid lampu hijau! 04

Model Thailand.

“Kami sedar ramai pelanggan teruja untuk menerima Corolla Cross Hybrid mereka dan kami meminta anda semua bersabar. Ada banyak proses kualiti yang perlu dilaksanakan ASSB bagi menjamin kereta yang diserahkan memiliki piawaian tertinggi dalam semua aspek.” kata Takeyama lagi. 

Harga Corolla Cross Hybrid baru dijangka bermula dari RM137,000 (tidak termasuk insurans) dan dengan waranti kilang 5 tahun/tanpa had perjalanan. Selain itu, untuk memberi kelegaan, ada lagi jaminan 8 tahun/tanpa had perjalanan untuk bateri, pemabalik (converter) dan Unit Kawalan Pengurusan Kuasa.

Jualan 2021 Toyota & Lexus sampai November meningkat 26%, Corolla Cross Hybrid lampu hijau! 05

Model Thailand.

Pelanggan juga boleh melanjutkan waranti selama dua tahun lagi, seterusnya menjadikan tempoh waranti selama 10 tahun. Ini merupakan kali pertama waranti sebegini disediakan dalam industri tempatan. Tempahan boleh dibuat melalui mana-mana pengedar sah Toyota atau pusat pameran UMW Toyota Motor di seluruh negara.

Juga bacaUMW Toyota bakal lancar 2 model EV di Malaysia bermula 2022 – Lexus UX 300e & Toyota bZ4X?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia