window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan April 2021 cecah 20k unit, Perodua cantas jualan Proton - Ativa kekal sebagai 'king'!

Faisal · May 4, 2021 05:30 PM

Jualan April 2021 cecah 20k unit, Perodua cantas jualan Proton -  Ativa kekal sebagai 'king'! 01

Walaupun Proton Saga telah merampas takhta dari Perodua Myvi sebagai kereta terlaris di Malaysia bagi April yang lalu, jualan keseluruhan Perodua yang mencecah 20,399 kenderaan tetap lebih hebat. Sebagai perbandingan, Proton hanya menjual sebanyak 15,017 kenderaan pada bulan lepas.

Jualan April 2021 cecah 20k unit, Perodua cantas jualan Proton -  Ativa kekal sebagai 'king'! 02

Dengan 4,624 unit, jualan Perodua Ativa sahaja merangkumi 22% daripada jumlah keseluruhan Perodua untuk bulan lepas. Untuk maklumat anda, rekod ini lebih tinggi daripada 4,345 unit yang dicatatkan pada bulan Mac yang lalu. Secara tidak langsung, Perodua Ativa adalah SUV yang paling laris di Malaysia untuk dua bulan berturut-turut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaProton menjual 14,989 unit pada bulan Mac 2021, terbaik sejak 2013 – Perodua pula apa macam?

Jualan April 2021 cecah 20k unit, Perodua cantas jualan Proton -  Ativa kekal sebagai 'king'! 01

Ativa kami adalah salah satu dari jumlah unit tersebut.

Bercakap mengenai Perodua Ativa, hampir 9,000 unit telah diserahkan kepada pemilik sejak ia dilancarkan pada 3 Mac yang lalu. Secara purata, tempahan untuk Perodua Ativa diterima sebanyak 290 unit setiap hari.

Jualan April 2021 cecah 20k unit, Perodua cantas jualan Proton -  Ativa kekal sebagai 'king'! 02

Bergantung pada warna dan varian, tempoh menunggu untuk SUV ini mengambil masa di antara dua ke empat bulan.

Juga bacaPerodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?

Jualan April 2021 cecah 20k unit, Perodua cantas jualan Proton -  Ativa kekal sebagai 'king'! 03

Walaupun mencantas jualan Proton, jualannya jatuh 16.5% berbanding bulan yang sebelumnya yang mana Perodua berjaya menjual sehingga 24,431 unit kenderaan. Menurut laporan yang sah, hal ini berkait rapat dengan bekalan stok cip semikonduktor yang terhad. Isu ini dijangka selesai dalam masa dua bulan.

Juga bacaIsu bekalan cip untuk Perodua Myvi akan selesai dalam masa dua bulan?

Jualan April 2021 cecah 20k unit, Perodua cantas jualan Proton -  Ativa kekal sebagai 'king'! 04

Apapun, Perodua masih di landasan yang betul untuk mencapat sasaran jualan (240,000 unit) dan produksi (272,000 unit) untuk tahun 2021. Setakat tahun ini, Perodua telah menjual sebanyak 78,304 kenderaan. Malah, mereka telah menghasilkan sebanyak 80,661 unit kenderaan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda