window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan EV Thailand & Indonesia meningkat pesat pada tahun 2022; jenama China & Korea menang besar!

Zamil Syaheer Β· Feb 4, 2023 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan EV Thailand & Indonesia meningkat pesat pada tahun 2022; jenama China & Korea menang besar! 01

Pengeluar Jepun telah menguasai pasaran Thai dan Indo selama bertahun-tahun, tetapi "keengganan" mereka untuk melabur dalam EV setakat ini telah membuka pintu untuk pemain baru seperti Hyundai, MG dan GWM

Menurut LMC, setakat Ogos, jualan EV di Thailand melepasi 5,200 unit, dengan ramalan untuk jualan setahun penuh mencecah lebih daripada 13k unit pada 2022 - meningkat daripada hanya 1,900 unit pada 2021. Angka itu sepatutnya mencakupi 3.2 peratus daripada semua kenderaan penumpang dijual di Thailand, pada 2022.

Baca juga: Harga minyak naik paksa rakyat Thailand beralih ke EV, tempahan naik 20% untuk kenderaan EV baharu!

Di Indonesia, kira-kira 1,600 EV telah dijual antara Januari dan Ogos 2022, dengan ramalan setahun penuh dianggarkan sebanyak 9,000 unit pada 2022. Ini merupakan lonjakan hebat daripada hanya 667 unit pada 2021.

Jualan EV Thailand & Indonesia meningkat pesat pada tahun 2022; jenama China & Korea menang besar! 02

Dasar insentif EV Thailand memberikan pemotongan duti import dan eksais serta subsidi tunai langsung sebanyak THB 70k - THB 150k untuk EV. Ia telah memainkan peranan penting dalam menarik pengilang baharu China seperti Great Wall Motor (GWM) dan BYD untuk melabur dan bertapak dalam pasaran EV yang agak baharu.

Jenama Jepun yang terkenal seperti Toyota, Honda dan Mitsubishi agak lambat dalam memanfaatkan dasar insentif tersebut. Sejak kebelakangan ini, GWM Ora Good Cat dan MG ZS EV telah muncul sebagai dua EV paling popular di Thailand, dengan Good Cat mencatatkan 10k tempahan dalam masa 1 minggu sahaja, selepas buku pesanan dibuka pada S1 2022.

Baca juga: Ora Good Cat 'tapau' jualan EV Thailand pada S1 2022, boleh ke ulang kejayaan di Malaysia?

Jualan EV Thailand & Indonesia meningkat pesat pada tahun 2022; jenama China & Korea menang besar! 03

Ora Good Cat mendahului carta jualan EV di Thailand pada 2022, menyingkirkan penjual terlaris sebelumnya, MG ZS EV

LMC menyatakan, β€œJenama China bersedia untuk menerajui pasaran EV di Thailand, menyumbang sekitar 87% daripada jumlah jualan EV di negara ini tahun ini. Kami menjangkakan bahawa OEM China akan menerajui jualan EV, menyumbang lebih daripada 80% bahagian segmen EV dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang sebelum kehilangan sebahagian daripada bahagian mereka kepada pembuat kereta Eropah dan Jepun tetapi kekal sebagai peneraju segmen.”

Indonesia pula masih belum memperkenalkan pakej insentif EV tetapi sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan subsidi jualan untuk kereta elektrik dan motosikal seawal tahun depan. Sehingga 2022, Hyundai telah pun memulakan pengeluaran CKD bagi Ioniq 5 EV dan Wuling Air.

Baca juga: Kaya dengan nikel, Indonesia hampir memuktamadkan tawaran elektrik (EV) dengan BYD, Tesla & Hyundai

Jualan EV Thailand & Indonesia meningkat pesat pada tahun 2022; jenama China & Korea menang besar! 04

Jualan Ioniq 5 telah melebihi jualan Honda CR-V selama sebulan pada Mei 2022 selepas ia diperkenalkan 2022 Indonesia International Motor Show (IIMS) dengan lebih 800 tempahan.

Menurut LMC, dua penyumbang utama kepada peningkatan permintaan EV ialah pakej insentif dan kos bahan api yang semakin meningkat. Apa-apa pun, untuk mengekalkan permintaan yang stabil bagi EV memerlukan sokongan kerajaan dengan lebih lanjut, terutamanya berkaitan dengan infrastruktur mengecaj dan kebolehcapaian dalam jangka panjang.

Baca juga: Janji gandakan pelaburan di Thailand, Great Wall Motor mahu Thai jadi hab pengeluaran EV

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda