window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Februari 2022 di Indonesia - Toyota Rush lagi laku daripada Xpander & BR-V!

Faisal Β· Mar 23, 2022 12:00 PM

Jualan Februari 2022 di Indonesia - Toyota Rush lagi laku daripada Xpander & BR-V! 01

Berdasarkan sumber sebuah portal dari Indonesia, jualan SUV 7 tempat duduk di pasaran sana untuk Februari 2022 kekal diterajui oleh Toyota Rush (3,811 unit). Prestasinya diikuti rapat oleh Honda BR-V baharu yang memperoleh jualan sebanyak 3,514 unit.  Menariknya, Honda BR-V menerima lonjakan yang begitu luar biasa berbanding Februari 2021 yang mana ketika itu ia hanya dapat dijual sebanyak 115 unit.

Juga bacaDari Indonesia ke Benua Amerika: Honda BR-V 2022 serba baharu memulakan eksport ke Caribbean

Jualan Februari 2022 di Indonesia - Toyota Rush lagi laku daripada Xpander & BR-V! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenai Mitsubishi Xpander (Xpander Cross di Indonesia), kereta 7 tempat duduk segmen B ini juga menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 18.7% (1,034 unit) berbanding Februari tahun 2021 (hanya 840 unit). Apapun, untuk Februari yang lalu, kedudukannya dipotong oleh Daihatsu Terious (2,160 unit) iaitu kembar kepada Toyota Rush.

Juga bacaJanuari 2022: Mitsubishi Xpander No.1 di Indonesia, jualan Toyota Avanza & Veloz hambar?

Jualan Februari 2022 di Indonesia - Toyota Rush lagi laku daripada Xpander & BR-V! 01

Mitsubishi Xpander di pasaran kita.

Secara amnya, pasaran crossover segmen B jenis 7 tempat duduk di Indonesia menunjukkan peningkatan sehingga 6.2% (11,231 unit) berbanding Februari tahun lepas (4,296 unit).

5 jualan teratas untuk crossover 7 tempat duduk di Indonesia - Februari 2022
Kedudukan Jualan (unit)
1. Toyota Rush 3,811
2. Honda BR-V 3,514
3. Daihatsu Terios 2,160
4. Mitsubishi Xpander Cross 1,034
5. Suzuki XL7 710
5 jualan teratas untuk crossover 7 tempat duduk di Indonesia - Februari 2021
Kedudukan Jualan (unit)
1. Toyota Rush 2,160
2. Mitsubishi Xpander Cross 840
3. Daihatsu Terios 649
4. Suzuki XL7 506
5. Honda BR-V 115

Jualan Februari 2022 di Indonesia - Toyota Rush lagi laku daripada Xpander & BR-V! 02

Toyota Rush di pasaran kita.

Lonjakan prestasi jualan ini secara majoriti dipacu oleh lanjutan insentif Pajak Penjualan Barang Mewah (PPnBM) yang kerajaan Indonesia tawarkan untuk pelan pemulihan ekonomi mereka daripada pandemik Covid-19.

Sumber: kompas.com

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Toyota Rush 1.5G AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda