window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia?

Faisal · May 25, 2021 09:00 AM

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 01

Genesis G80, pencabar 5 Series & E-Class.

Minggu lepas, jenama kereta premium milik Hyundai Motor Group iaitu Genesis baru sahaja mencapai jualan yang ke-500,000 unit, kira-kira 5 tahun setengah selepas diasingkan dari model Hyundai.

Sehingga 12 Mei yang lalu, jualan kenderaan Genesis telah mencecah 500,191 unit. Dari segi pecahan, 378,999 unit adalah dari pasaran Korea sendiri. Lagi 121,192 unit pula datang dari pasaran eksport.

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 02

Untuk maklumat anda, Genesis telah menjadi entiti solo sejak November 2015 lagi. Model Genesis yang pertama ialah Genesis EQ900 (kemudiannya dikenali sebagai G90).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 01

Bagi yang bertanya, Genesis memang berada di bawah Hyundai Motor Group tetapi operasinya dikendalikan oleh bahagian lain.

Juga bacaBermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 02

Genesis G80.

Tahun lepas, Genesis berjaya menjual sebanyak 128,365 unit kenderaan. Prestasi jualan ini sebenarnya melonjak 46 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menariknya, itulah kali pertama Genesis mencapai angka 100,000 unit bagi jualan tahunan.

Lonjakan jualan ini banyak dibantu oleh impak Genesis GV80, iaitu SUV pertama dari jenama ini. Model ini lebih terkenal setelah insiden Tiger Woods yang tidak mengalami sebarang kecederaan sewaktu beliau terlibat dalam satu kemalangan yang dasyat.

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 03

Genesis G70, pencabar 3 Series & C-Class.

Kalau anda nak tahu, GV80 adalah model Genesis yang paling laku. SUV premium ini meliputi hampir 1/3 daripada jualan global Genenis untuk tahun lepas (38,069 unit).

Buat masa ini, barisan Genesis merangkumi 3 model sedan dan 2 model SUV. Genesis G70 bersaing dengan BMW 3 Series / Mercedes-Benz C-Class, manakala G80 adalah senjata mereka untuk menyaingi BMW 5 Series / Mercedes-Benz E-Class. Genesis G90 pula berentap terus dengan BMW 7 Series / Mercedes-Benz S-Class.

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 04

Genesis G90, pencabar 7 Series & S-Class.

Untuk SUV, Genesis GV70 bersaing terus dengan BMW X3 / Mercedes-Benz C-Class. Mengenai Genesis GV80 yang disebutkan, ia berlawan dengan BMW X5 / Mercedes-Benz GLE.

Secara keseluruhan, G80 adalah model Genesis yang paling laku. Separuh (256,056 unit) daripada pencapaian jualan 500,00 unit itu adalah melalui sedan eksekutif tersebut.

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 05

Bahagian kabin Genesis G70.

Bulan lepas, Genesis memperkenalkan EV pertama mereka di Shanghai, iaitu G80 Electric.

Mereka juga akan melancarkan satu lagi model EV pada tahun ini. Ia takkan berkait dengan mana-mana model Genesis yang ada selama ini.

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 06

Desas-desus kuat mengatakan bahawa ia adalah versi produksi buat Genesis X Concept yang pernah dipertontonkan. Malah, model EV ini mungkin bersaing di kelas yang sama seperti Polestar 1 yang dikeluarkan secara terhad.

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 07

Genesis X Concept.

Selain Korea, Genesis turut ada di pasaran AS, Kanada, Timur Tengah, Rusia, dan Australia. Baru-baru ini, mereka telahpun membuka cawangan di China. Malah, penembusannya di pasaran Eropah juga ada dalam perancangan tahun ini.

Di Malaysia, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) mempunyai sebuah unit Genesis GV80 dan G80 tetapi ia hanyalah untuk kegunaan dalaman.

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 08

Pelancaran jenama Genesis di Shanghai yang tampil dengan persembahan drone.

Untuk pengetahuan anda, jenama Genesis tidak asing di Malaysia. G80 yang terdahulu pernah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2015 tetapi dihentikan tidak lama selepas itu. Takdir yang sama juga berlaku di pasaran Singapura.

Kita sudah dimaklumkan bahawa pejabat rantau Hyundai dan HSDM di Jakarta sedang giat membuat kajian mengenai pengembalian semula jenama Genesis di Malaysia tetapi belum ada sebarang berita yang dapat disahkan.

Juga bacaSpyshot: Genesis G80, versi sedan GV80 ini akan dilancarkan di Malaysia ke?

Cabaran terbesar buat Genesis di rantau ASEAN ini sebenarnya adalah pemasangan tempatan di luar Korea. Keseluruhan rantau Asia Tenggara mengenakan cukai yang tinggi terhadap kereta import. Kebanyakan dari mereka mengenakan cukai berdasarkan kapasiti enjin.

Walaupun Thailand sudah mengikut pengiraan berdasarkan kadar pelepasan CO2, enjin yang berkapasiti 3.0L dan ke atas tetap dikira seperti dahulu.

Perkara ini tidak membantu langsung kerana model Genesis datang dengan enjin yang berkapasiti besar.

Jualan Genesis cecah 500,000 unit dalam masa 5 tahun, boleh tapau pasaran Malaysia? 09

Juga bacaSPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran!

Seperti Lexus, jenama Genesis mempunyai unsur AS yang kuat. Lihat sahaja barisan enjin yang ditawarkan. Pilihan enjin paling kecil untuk Genesis sekalipun hadir dengan format 2.5L turbo. Itupun tidak sehebat enjin 2.0L turbo yang ditawarkan oleh pesaing premium dari Jerman. Tidak cukup dengan itu, mereka juga berupaya untuk memasarkan produk secara CKD. Apapun, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda