window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Honda Malaysia meningkat 60% untuk S1 2022, dalam landasan untuk capai sasaran 80k!

Faisal ยท Jul 29, 2022 10:00 AM

Jualan Honda Malaysia meningkat 60% untuk S1 2022, dalam landasan untuk capai sasaran 80k! 01

Untuk separuh pertama 2022, Honda Malaysia nampaknya telah menyerah hampir 39,000 kereta, naik 60% berbanding tempoh sama pada tahun lalu. Dalam 6 bulan ini, Mac adalah bulan paling cemerlang buat Honda dengan 10,500 unit terjual.

Pencapaian ini menaikkan pegangan pasaran Honda pada 12% untuk kereta baru di Malaysia.

Disebabkan ini, Honda Malaysia yakin bahawa mereka boleh capai sasaran 80,000 unit yang mereka tetapkan untuk jualan tahun 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan Honda Malaysia meningkat 60% untuk S1 2022, dalam landasan untuk capai sasaran 80k! 01

Dari segi model, City adalah paling laku dengan sumbangan jualan sehingga 39%. Model kedua paling laris adalah City Hatchback (23%) dan Civic (18%).

Bagi anda yang belum tahu, City, City Hatchback, Civic dan Accord dalam tempoh Januari hingga Mei 2022 adalah kereta bukan nasional nombor No.1 dalam segmen masing-masing.

Jualan Honda Malaysia meningkat 60% untuk S1 2022, dalam landasan untuk capai sasaran 80k! 02

Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Honda Malaysia memulakan tahun 2022 dengan momentum kuat melalui pelancaran Civic pada bulan Januari. Pada Julai yang lalu, kami kekalkan momentum dengan pelancaran SUV Kompak popular iaitu Honda HR-V serba baru. Untuk 6 bulan pertama tahun ini, sebanyak 105,000 tempahan telah diterima”.

Jualan Honda Malaysia meningkat 60% untuk S1 2022, dalam landasan untuk capai sasaran 80k! 03

Apapun, Honda Malaysia menambah bahawa mereka cukup menghargai sokongan daripada Kerajaan Malaysia yang melanjutkan tempoh pendaftaran kenderaan buat pengecualian cukai jualan sehingga 31 Mac 2023. Pelanggan yang bersabar dan memahami juga turut dihargai.

Juga bacaSenarai harga kereta Honda dengan SST 2022: Naik RM 2k - RM 10k, Accord paling terkesan?

Selain pengawalan kualiti yang rapi, syarikat ini sedang bekerja keras untuk memastikan kereta baru dapat diserahkan kepada pelanggan secepat yang mungkin.

Juga bacaLebih ramai minat Honda HR-V baharu berbanding Civic, tempoh menunggu mungkin lebih lama?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda