window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Honda WR-V di Indonesia tapau kembar Perodua Ativa - pegang 40% dalam pasaran SUV-A

Faisal ยท Mar 18, 2023 02:00 PM

Jualan Honda WR-V di Indonesia tapau kembar Perodua Ativa - pegang 40% dalam pasaran SUV-A 01

Honda WR-V dikira sebagai pendatang baru dalam pasaran SUV bajet di Indonesia. Sehingga tahun lepas, pasaran SUV segmen A di sana didominasi oleh duo Toyota Raize/Daihatsu Rocky iaitu kembar kepada Perodua Ativa.

Namun demikian, semuanya berubah setelah Honda WR-V menembus pasaran pada November lalu. Penghantarannya pula bermula sebelum tahun 2022 menutup tirai.

Dalam masa 3 bulan sahaja, Honda WR-V di sana ada tunggakan tempahan sehingga 5,000 unit dan setakat Februari lepas, ia berjaya memegang sehingga 40% bahagian pasaran SUV segmen A.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan Honda WR-V di Indonesia tapau kembar Perodua Ativa - pegang 40% dalam pasaran SUV-A 01

Secara amnya, jualan WR-V untuk 2023 setakat Februari telah mencecah 2,936 unit. Angka ini lebih tinggi daripada jualan Toyota Raize (2,107 unit) dan Daihatsu Rocky (1,095 unit).

Dari segi teknikal, Honda WR-V menggunakan nadi 1.5L DOHC i-VTEC (121 PS, 145 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Enjin ini kiranya lebih berkuasa daripada unit 1.0L turbo 3-silinder yang diguna oleh duo Raize / Rocky (98 PS, 140 Nm).

Jualan Honda WR-V di Indonesia tapau kembar Perodua Ativa - pegang 40% dalam pasaran SUV-A 02

Imej dari rakan kami di Autofun.

Berkenaan aspek harga pula, WR-V ditawarkan dari 271.9 juta IDR (~RM 83k) untuk varian E hingga 309.9 juta IDR (~RM 94k) untuk varian RS yang ada Honda Sensing.

Sebagai konteks, harga duo Raize / Rocky yang paling mahal pun hanya 283 juta IDR (~RM 86k). Jadi, terbuktilah bahawa orang ramai sanggup membayar lebih untuk Honda WR-V.

Jualan Honda WR-V di Indonesia tapau kembar Perodua Ativa - pegang 40% dalam pasaran SUV-A 03

Untuk makluman anda, Honda WR-V sudahpun dilancarkan di Thailand dan Malaysia pasti dalam giliran seterusnya.

Di Indonesia, harga WR-V lebih murah daripada kedua-dua City (bermula dari 373.9 juta IDR) dan City Hatchback (343.6 juta IDR).

Tetapi di Thailand, terbalik pula jadinya. Hal ini kerana WR-V di Thailand dijual secara model import (CBU) dari Indonesia. Jadi, ia tidak boleh mendapat insentif cukai Eco Car Phase 2 seperti yang diperoleh buat City dan City Hatchback.

Apapun, kalau ikut logik, kereta segmen A sepatutnya berharga lebih rendah daripada segmen B.

Jualan Honda WR-V di Indonesia tapau kembar Perodua Ativa - pegang 40% dalam pasaran SUV-A 04

Untuk pengetahuan anda, Perodua membayar cukai eksais hampir sifar kerana kandungan lokalnya mencecah 98%. Malah, aktiviti R&D lokal yang dibuat juga begitu aktif. Jadi, mampukah Honda Malaysia melancarkan WR-V dengan harga lebih murah daripada City? Sama-samalah kita lihat nanti.

Juga bacaSpyshot: Honda WR-V sudah dipandu uji di Malaysia, pesaing Ativa bakal menyusul!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda