window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan kad Touch ‘n Go baru (NFC) ditarik semula, info di FAQ TnG juga dipadam?

Mersita · Apr 15, 2022 06:00 PM

Jualan kad Touch ‘n Go baru (NFC) ditarik semula, info di FAQ TnG juga dipadam? 01

Setelah sekian lama, kad prabayar yang paling banyak kegunaannya di Malaysia iaitu kad Touch ‘n Go (TnG) kini sudah memasuki generasi baru berbekalkan sokongan NFC (near-field communication) yang membolehkannya ditambah-nilai menggunakan aplikasi TnG eWallet. Kad ini dijual pada harga RM 10 setiap satu.

Kad ini mula dijual oleh Touch ‘n Go pada Khamis (14 April) di Nu Sentral, namun tinjauan dibuat pada jam 6.30 petang hari yang sama mendapati kad ini sudah tidak boleh dibeli. Difahamkan, jualannya telah ditarik balik dan pelanggan yang berkunjung ke cawangan Touch ‘n Go di Nu Sentral pada petang semalam terpaksa balik dengan hampa.

Jualan kad Touch ‘n Go baru (NFC) ditarik semula, info di FAQ TnG juga dipadam? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tinjauan di kaunter LRT KL Sentral juga mengatakan yang mereka tidak menjual kad TnG baru tersebut di kaunter dan meminta kami berkunjung ke cawangan TnG di Nu Sentral, namun kad berkenaan dijangkakan sudah habis stok.

Beberapa pembeli bertuah yang berkunjung ke cawangan sama pada sebelah pagi/tengahari sempat membeli kad TnG NFC baru ini, dan kad berkenaan ternyata nampak kemas rekaannya. Berbeza dengan kad-kad TnG yang dikeluarkan dahulu, kad TnG NFC baru ini tampil dengan warna perak kroma yang lebih minimalis.

Jualan kad Touch ‘n Go baru (NFC) ditarik semula, info di FAQ TnG juga dipadam? 01

Kredit foto: SoyaCincau

Mungkin disebabkan permintaan yang tinggi, kad ini juga didapati dijual semula oleh 'reseller' di platform seperti Shopee, namun pada harga lebih tinggi. Jika mahu, sila pastikan kad berkenaan betul-betul sahih sebelum meneruskan pembelian.

Walaubagaimanapun, pemilik bertuah kad TnG NFC baru ini barangkali masih belum dapat menggunakan fungsi NFC berkenaan kerana fungsi tambah nilai menerusi TnG eWallet hanya akan diaktifkan sekitar Mei 2022, lapor portal amanz. Kad ini juga dikatakan mempunyai jangka hayat sehingga 2029 – kira-kira 7 tahun dari sekarang.

Juga baca: Touch N Go dengan NFC bakal hadir, 'topup' kad dengan sentuh di 'smartphone' saja!

Jualan kad Touch ‘n Go baru (NFC) ditarik semula, info di FAQ TnG juga dipadam? 02

Menurut laporan media terdahulu, kad TnG NFC baru ini digelar sebagai Enchanced Touch ’n Go Card. Cara untuk menyambungkan kad TnG NFC ini dengan aplikasi TnG eWallet juga pernah ditunjukkan, iaitu ia perlu diimbas di belakang telefon pintar.

Tetapi, setakat waktu penulisan, tiada sebarang maklumat boleh didapati tentang “Enchanced Touch ’n Go Card” di laman bantuan tngdigital.com.my. Pautan soalan lazim “Bolehkah saya tambah nilai kad Touch 'n Go menggunakan Touch 'n Go eWallet?” juga menyatakan kad tidak boleh ditambah nilai menerusi eWallet.

TnG ‘U-turn’?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda