window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST

Faisal · Dec 5, 2022 11:00 AM

Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST 01

Jualan kereta di Malaysia untuk tahun 2022 nampaknya mencipta rekod baru dengan jumlah tempatan yang begitu tinggi sejak awal tahun.

Untuk makluman anda, jualan dan tempahan yang terkumpul oleh beberapa jenama pada separuh pertama (H1) tahun ini sebenarnya jauh melebihi sasaran mereka. Hal ini berkait rapat dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta tarikh akhir pelaksanaannya di mana pembeli tidak mahu melepaskan peluang terakhir itu.

Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai contoh, Perodua pada H1 2022 berjaya menjual 127,343 unit kereta iaitu meningkat 30% berbanding tempoh sama di tahun lalu. Malah, tempahan yang mereka terima dalam tahun ini sewaktu pengecualian SST dilaksanakan juga melebihi 200,000 unit.

Tidak cukup dengan itu, Perodua juga merekodkan tempahan harian tertinggi pada 30 Jun yang lalu iaitu sebanyak 25,100 tempahan pada tarikh akhir pelaksanaan SST tersebut.

Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST 01

Untuk H1 2022 juga, Proton merekodkan jualan sebanyak 60,124 unit, melonjak 3.9% berbanding tempoh sama di tahun lalu.

Tempahan Proton pada minggu terakhir pengecualian SST pula meningkat sehingga 300% berbanding minggu biasa.

Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST 02

Dengan bilangan tempahan yang tertunggak pada H1 berikutan pemulihan ekonomi serta keputusan Kementerian Kewangan untuk melanjutkan tarikh akhir pendaftaran kereta untuk menikmati diskaun SST kepada 31 Mac 2023, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menaikkan TIV 2022 sebanyak 5% iaitu kepada 630,000 unit berbanding 600,000 kereta sebelum ini.

Juga baca11% jualan kenderaan di Malaysia Okt 2022 adalah Perodua Bezza, pengeluar kini penuhi tempahan tertunggak - MAA

Secara teknikal, data dari MAA menunjukkan bahawa TIV 2022 dari Januari ke Oktober untuk tahun ke tahun meningkat sehingga 50% (577,902 unit).

Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST 03

Perolehan jumlah sebanyak ini didorong oleh peningkatan jualan kereta bukan nasional yang diterajui oleh jenama Jepun (naik 60.5% untuk tahun ke tahun). Jenama nasional pula mencatatkan pertumbuhan TIV sebanyak 44.1%.

Sehingga akhir November, Perodua merekodkan jualan sebanyak 250,795 unit sedangkan sasaran yang mereka tetapkan pada awal tahun adalah sebanyak 247,800 unit. Kalau anda nak tahu, ini merupakan pencapaian jualan tertinggi Perodua setakat ini.

Juga bacaPerodua lepasi sasaran 2022 dengan 247,800 unit, catat rekod baharu untuk jualan tahunan tertinggi!

Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST 04

Proton pula untuk tahun 2022 menyasarkan pendaftaran kenderaan sebanyak 150,000 unit tetapi setakat akhir Oktober, mereka sudahpun menyerahkan 115,366 unit, betul-betul mengatasi 114,708 unit yang diperoleh pada tahun lepas (peningkatan tahun ke tahun sebanyak 33.6%).

Juga bacaJualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun!

Untuk jenama bukan nasional, Toyota kekal menerajui pasaran dengan penguasaan sebanyak 13.7% untuk tempoh Januari-Oktober 2022 dan mereka juga telah melepasi sasaran jualan 80,000 unit untuk tahun ini.

Juga bacaSebab Veloz, jualan UMW untuk Oktober 2022 mencapai 9,281 unit, YTD sudah cecah 80,153 unit!

Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST 05

Secara amnya, jenama lain seperti Honda, Hyundai, Mazda, BMW dan Nissan juga menunjukkan peningkatan. Walau bagaimanapun, tempahan kenderaan untuk beberapa bulan yang tinggal mungkin akan perlahan kerana terdapat isu seperti penyusutan nilai ringgit, kenaikan kadar faedah, kekurangan komponen dan cip yang berterusan serta tekanan inflasi.

Juga bacaDah tempah Honda? Tak perlu tunggu lama - HMSB 'on track' untuk capai 80k jualan

Apapun, Kenanga Research sempat memberitahu bahawa TIV kali ini mungkin mencecah 680,000 unit. Begitu juga dengan Hong Leong Investment Bank Research yang mana mereka menaikkan sasaran TIV 2022 kepada 700,000 unit.

Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST 06

Untuk masa akan datang, kenderaan elektrik (EV) akan turut memacu berikutan lebih banyak insentif cukai diperuntukkan dalam kategori itu bagi memenuhi sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Sumber: Utusan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda