window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan kereta meningkat lagi pada Oktober 2020, berebut eh beli kereta?

Mersita ยท Nov 19, 2020 08:00 PM

Jualan kereta meningkat lagi pada Oktober 2020, berebut eh beli kereta? 01

Dimana ada kemahuan, disitu ada bilik pameran. Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memberitahu yang rekod jualan kenderaan pada bulan Oktober 2020 naik 5.2% dari bulan yang sama tahun lepas. Rekod jualan untuk Oktober 2020 ialah 56,670 unit – peningkatan 2,800 unit daripada Oktober 2019 yang merekodkan hanya 53,870 unit. Peningkatan dari bulan September – Oktober 2020 direkodkan sebanyak 0.4%.

Bulan Oktober 2020 lepas juga mengekalkan momentum jualan kereta tahun ini, dimana jumlah jualannya adalah yang kedua tertinggi tahun ini. Rekod tertinggi dicatatkan pada bulan Julai 2020 dengan jumlah jualan sebanyak 57,552 unit.

Jualan kereta meningkat lagi pada Oktober 2020, berebut eh beli kereta? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daripada jumlah ini, 51,795 unit adalah melibatkan kenderaan penumpang. Lonjakan sebanyak 5.7% bagi kategori ini dilihat daripada jumlah jualan kereta penumpang pada Oktober 2019 iaitu 48,987 unit. Jualan kenderaan komersial pula susut sedikit saja berbanding bulan sama tahun lepas sebanyak 0.45%.

Tapi, rekod jualan keseluruhan dari Januari – Oktober 2020 masih lagi rendah berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas – 398,159 unit berbanding 496,855 unit.

Jualan kereta meningkat lagi pada Oktober 2020, berebut eh beli kereta? 01

Dari segi pengeluaran kenderaan pula, jumlahnya meningkat pada Oktober tahun ini berbanding bulan sama tahun lepas. Oktober 2020 menyaksikan jumlah pengeluaran kenderaan sebanyak 58,631 unit berbanding 55,755 unit tahun lepas. Ini menunjukkan peningkatan produksi sebanyak 4.9% oleh pengeluar kereta!

Dari jumlah ini, 55,063 unit adalah kereta penumpang untuk angka produksi Oktober 2020. Oktober 2019 pula hanya melihat sebanyak 52,191 unit kenderaan penumpang dikeluarkan dari kilang.

Jualan kereta meningkat lagi pada Oktober 2020, berebut eh beli kereta? 02

Ni mesti sebab X50 ni… Korang la tempah berjemaah kan. Tak menang tangan Proton.

MAA berpendapat yang lonjakan ini disebabkan oleh kempen promosi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat kereta yang pelbagai disertakan dengan keluaran model-model baharu. Unjuran MAA untuk bulan hadapan dijangka menurun disebabkan oleh PKPB yang mungkin mengekang orang ramai daripada berkunjung ke bilik-bilik pameran.

Jualan kereta meningkat lagi pada Oktober 2020, berebut eh beli kereta? 03

Mitsubishi Xpander 2020 juga cukup panas tahun ini

Akan tetapi, unjuran terdahulu menjangkakan yang sektor automotif tahun ini akan lemah. Sebaliknya, rekod jualan bulanan semenjak PKP berakhir dan beralih ke PKPB melihat lonjakan demi lonjakan.

Dengan pendigitalan jualan dan servis kereta yang semakin berkembang (kami ada Bilik Pameran Virtual untuk kereta idaman anda!), dua bulan terakhir 2020 ini mungkin akan menyaksikan pembeli merebut peluang untuk membeli kereta idaman mereka sebelum pengecualian cukai berakhir pada 31 Disember 2020.

Jualan kereta meningkat lagi pada Oktober 2020, berebut eh beli kereta? 04

Hampir 9,000 tempahan di Malaysia bagi Honda City 2020 serba baru, 2,400 unit telah dihantar kepada pembeli!

Model-model menarik yang ada termasuklah Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City 2020 dan macam-macam lagi.

Adakah unjuran 2 bulan terakhir 2020 oleh MAA akan tepat pada jangkaannya? Kita tunggu dan lihat.

Sumber berita: Berita Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda