window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Proton melepasi 100k unit buat 3 tahun berturut – lebih 4,000 X50 diserah pada November

Faisal · Dec 3, 2021 11:00 AM

Jualan Proton melepasi 100k unit buat 3 tahun berturut – lebih 4,000 X50 diserah pada November 01

Proton sekali lagi mencapai jualan tahunan melebihi 100,000 unit buat tiga tahun berturut-turut.

Jualan keseluruhan sebanyak 14,187 unit (domestik + eksport) pada November lalu telah memacu analisis year-to-date (YTD) mereka sebanyak 100,566 unit.

Dengan berbaki lagi satu bulan, jualan untuk tahun ini mungkin lebih banyak berbanding 109,716 unit yang diperoleh pada tahun 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan Proton melepasi 100k unit buat 3 tahun berturut – lebih 4,000 X50 diserah pada November 01

Proton Exora masih ada sambutan.

Untuk November sahaja, jualan Proton menyaksikan peningkatan 6.2% daripada Oktober sebelumnya dan pertumbuhan ini sudah tiga bulan berturut-turut. Berbanding November 2020, jualan mereka meningkat sebanyak 24.3%. Jualan YTD untuk tahun 2021 juga melonjak 4.3% daripada tahun lalu.

Secara keseluruhan, Proton menjangkakan bahawa bahagian pasaran domestik mereka akan berada pada 24.5%. Buat masa ini, Proton memegang 22.8% dalam bahagian pasaran Malaysia. Dalam kategori YTD, bahagian pasaran mereka telahpun menyaksikan pertumbuhan sebanyak 1.9%.

Jualan Proton melepasi 100k unit buat 3 tahun berturut – lebih 4,000 X50 diserah pada November 02

Untuk makluman anda, Saga kekal mendahului carta jualan Proton (5,666 unit). Menariknya, November lepas merupakan bulan paling cemerlang buat jualan model ini sejak pencapaian yang membanggakan pada Disember 2020. Proton X50 pula teguh di tangga kedua dengan jualan sebanyak 4,010 unit. Ini juga kali pertama jualannya melebihi angka 4,000 unit.

Jualan Proton untuk 2021 setakat ini
Saga 5,666 unit
Persona 1,534 unit
Iriz 642 unit
X50 4,010 unit
X70 1,901 unit
Exora 434 unit

Iriz dan Persona pula diselubungi isu bekalan komponen. Perkara ini secara tidak langsungnya mengehadkan produksi buat model ini yang mana ia memberi kesan terhadap jualannya.

Juga bacaJualan Proton pada Oktober 2021 melonjak 28.7%, jumlah jualan Saga masih ‘tapau’ Perodua Bezza

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda