window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Proton naik 41.2%, Proton Saga dan eksport pecah rekod hampir 9 tahun?

Mersita · Apr 4, 2022 12:00 PM

Jualan Proton naik 41.2%, Proton Saga dan eksport pecah rekod hampir 9 tahun? 01

  • 13,028 unit dijual apabila jualan meningkat sebanyak 41.2% berbanding bulan Februari
  • Jualan Proton Saga dan eksport mencecah angka terbaik dalam tempoh hampir sembilan tahun

Proton menghadapi suku pertama tahun 2022 yang mencabar apabila jumlah jualan menurun akibat beberapa masalah, seperti vendor tempatan yang terjejas akibat banjir, gangguan logistik dan kekurangan cip; menentang usaha-usaha mereka. Prospek bagi suku kedua pula cukup positif dengan beberapa pencapaian.

Bagi bulan Mac, jualan Proton terus pulih dengan jualan 13,028 unit (domestik + eksport), peningkatan sebanyak 41.2% berbanding bulan sebelumnya dan bersamaan dengan ramalan pegangan pasaran sebanyak 19%.

Jualan Proton naik 41.2%, Proton Saga dan eksport pecah rekod hampir 9 tahun? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi suku tersebut, jualan terkumpul dari Januari - Mac ialah 26,706 unit dengan pegangan pasaran terkumpul sebanyak 17.5%, cukup baik untuk menduduki tempat kedua di pasaran - walaupun terdapat pengurangan jualan sebanyak 18.6% dan pengecutan 5.7% dalam pegangan pasaran berbanding suku pertama tahun 2021.

Peristiwa penting baharu mengharumi jumlah jualan bulan Mac

Jualan Proton naik 41.2%, Proton Saga dan eksport pecah rekod hampir 9 tahun? 01

Walaupun jumlah jualan untuk Mac turun sebanyak 13% berbanding bulan yang sama pada tahun 2021, Proton masih mencatatkan beberapa rekod yang patut diberi perhatian.

Penjualan Proton Saga, model yang terjejas teruk pada bulan Januari, mencecah 6,422 unit pada bulan Mac, pencapaian terbaik sejak bulan November 2013. Ini bukan sahaja menjadikan Saga sebagai peneraju jualan untuk sedan segmen A tetapi juga model segmen-A terlaris secara keseluruhan.

Jualan Proton naik 41.2%, Proton Saga dan eksport pecah rekod hampir 9 tahun? 02

Tiga varian Proton Saga yang dijual di Pakistan

Pertumbuhan dalam jualan eksport telah membantu memperkasakan jualan Saga. Syarikat mencapai angka jualan eksport tertinggi dalam tempoh 108 bulan dengan sejumlah 794 unit (terdiri daripada pelbagai model) yang dieksport pada bulan Mac. Pakistan merupakan pasaran eksport terbesar bulan ini dengan 690 unit manakala jumlah keseluruhan eksport suku pertama sebanyak 1,117 unit, peningkatan 175% berbanding suku yang sama tahun lepas.

Jualan Proton naik 41.2%, Proton Saga dan eksport pecah rekod hampir 9 tahun? 03

Bagi model lain, Proton X70, Proton X50 dan Proton Exora mengekalkan kedudukan dalam segmen masing-masing dengan jualan 2,320 unit, 1,573 unit, dan 536 unit. Sementara itu Proton Persona dan Proton Iriz menduduki tempat ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing akibat persaingan sengit dan kekurangan alat ganti yang terus menjejaskan jualan.

Jumlah jualan Proton 2022
Model Jumlah unit terjual Mac 2022 Jumlah unit terjual Jan-Mac 2022
Saga 6,422 9,449
X70 2,320 4,238
X50 1,573 7,176
Persona 1,411 3,780
Iriz 766 1,316
Exora 536 747

Jualan Proton naik 41.2%, Proton Saga dan eksport pecah rekod hampir 9 tahun? 04

Stok alat ganti Proton

“Tiga bulan pertama tahun 2022 sangat mencabar bagi Proton dan pelanggan kami. Isu pengeluaran yang berterusan menindas potensi sebenar kami yang mengakibatkan senarai menunggu yang panjang. Bekalan alat ganti kami dan jumlah pengeluaran mula stabil pada bulan Mac tetapi kami menjangkakan beberapa lagi gangguan dalam beberapa bulan akan datang apabila industri lain meningkatkan pengeluaran mereka.

“Bagaimanapun, sepanjang tahun ini, Proton masih bermatlamat untuk mencapai sasaran kami dengan kerjasama dari vendor dan pengedar bagi melancarkan rangkaian bekalan untuk menyampaikan kereta kepada pelanggan. Kami juga menunjukkan perkembangan dalam menyelesaikan isu selepas jualan kami dan oleh itu, Syarikat yakin boleh pulih dengan kukuh pada suku berikutnya,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda