window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Proton pada November 2022 melonjak 10.4%, tapi masih di belakang sasaran 150k unit

Faisal · Dec 6, 2022 05:00 PM

Jualan Proton pada November 2022 melonjak 10.4%, tapi masih di belakang sasaran 150k unit 01

Sebentar tadi, Proton baru sahaja mengumumkan bahawa termasuk eksport, mereka telah menjual sebanyak 11,316 kereta pada November 2022. Prestasi jualan ini sebenarnya kurang 13.1% berbanding Oktober 2021 dan perkara ini dikatakan berpunca daripada isu bekalan yang turut menjejaskan industri automotif global.

Apapun, jualan tahun 2022 yang terkumpul setakat ini adalah pada 126,682 unit, 10.4% lebih tinggi daripada tempoh sama di tahun lalu. Untuk makluman anda, Proton kini sudahpun melepasi jualan keseluruhan tahun 2021 (114,708 unit).

Dengan berbaki satu bulan lagi sebelum tahun 2022 menutup tirai, Proton masih kurang 23,318 kereta sebelum mencapai 150,000 unit yang mereka sasarkan secara dalaman.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan Proton pada November 2022 melonjak 10.4%, tapi masih di belakang sasaran 150k unit 01

Menurut Proton, bahagian pasarannya kini adalah pada 19.7% iaitu tempat kedua dalam carta. Dalam masa yang sama, mereka turut menganggarkan bahawa Jumlah Volum Industri (TIV) untuk 2022 akan memecah rekod dan mencapai 700,000 unit kerana sudah 4 bulan berturut-turut pasaran kita berjaya meraih jualan melebihi 60,000 unit.

Secara teknikalnya, 5 model Proton sudahpun melepasi jumlah volum 2021. Proton X50 dan Proton Exora pula menerajui pasaran masing-masing selama 1 tahun suntuk. Dalam masa yang sama, jualan eksport juga meningkat 2,000 unit berbanding tahun lepas dan eksport tahunan sehingga sekarang (YTD) buat tahun 2022 kini adalah pada 5,028 unit. Sebagai konteks, eksport Proton buat keseluruhan tahun lepas pun baru setakat 3,018 unit.

Jualan Proton pada November 2022 melonjak 10.4%, tapi masih di belakang sasaran 150k unit 02

“November merupakan bulan jualan penuh peristiwa untuk Proton kerana kami mengalami beberapa isu bekalan sementara yang menghalang kami daripada mencapai potensi penuh kami. Kami yakin dapat mempertingkatkannya pada bulan Disember dan kekal yakin untuk menutup tahun ini dengan kukuh. “kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Jualan Proton, YTD November 2022 (unit)* 
Saga 49,965
Persona 14,035
Exora 3,837
Iriz 5,182
X70 16,746
X50 36,917
Jumlah 126,682

*Termasuk eksport

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda