window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Proton pada Oktober 2021 melonjak 28.7%, jumlah jualan Saga masih ‘tapau’ Perodua Bezza

Faisal · Nov 4, 2021 05:00 PM

Jualan Proton pada Oktober 2021 melonjak 28.7%, jumlah jualan Saga masih ‘tapau’ Perodua Bezza 01

Dengan tidak sampai dua bulan sahaja lagi sebelum tahun 2021 menutup tirai, jualan Proton akhirnya stabil dan meningkat berbanding prestasi yang diraih pada tahun lepas. Untuk makluman anda, jumlah jualan mereka dari Januari ke Oktober 2021 terkumpul sebanyak 84,999 unit. Ia secara tidak langsungnya melonjak 1.6% berbanding tahun 2020.

Tidak cukup dengan itu, jualan untuk Oktober yang lepas sahaja sudah mencecah 13,362 unit, meningkat 28.7% daripada bulan September.

Jualan Proton pada Oktober 2021 melonjak 28.7%, jumlah jualan Saga masih ‘tapau’ Perodua Bezza 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, Malaysia Automotive Association (MAA) belum lagi mengumumkan data Total Industry Volume (TIV) untuk bulan Oktober tetapi Proton menyatakan bahawa ia dianggarkan menurun sebanyak 4.7% berdasarkan kiraan tahun ke tahun.

Bercakap mengenai anggaran, Proton turut menjelaskan bahawa untuk Oktober, mereka memegang bahagian pasaran sebanyak 20.5%. Kalau diambil dari awal tahun, peratusan itu sebenarnya adalah sebanyak 22.7%. Kiranya, lebih dari 1 daripada 5 kereta baru yang dijual di Malaysia adalah Proton.

Dengan 5,107 unit yang terjual pada bulan lepas, Saga kini adalah model Proton yang paling laku. Apapun, jualannya masih di belakang Perodua Bezza. Walau bagaimanapun, Proton mengatakan bahawa kalau dirujuk angka dari awal tahun, Saga sebenarnya masih menerajui pasaran sedan segmen A.

Jualan Proton pada Oktober 2021 melonjak 28.7%, jumlah jualan Saga masih ‘tapau’ Perodua Bezza 01

Proton Persona yang bersegmen B pula terjual sebanyak 1,393 unit. Dari segi teknikal, prestasi jualan ini masih di belakang Honda City dan Toyota Vios tetapi tidak jauh. Dalam masa yang sama, Proton sempat mengulas bahawa Persona dan Iriz (jualan sebanyak 497 unit) adalah model yang paling terkesan oleh isu bekalan cip.

Proton X50 dan X70 pula kekal menakluki pasaran masing-masing dengan jualan sebanyak 3,839 unit dan 2,165 unit.

Jualan Proton pada Oktober 2021 melonjak 28.7%, jumlah jualan Saga masih ‘tapau’ Perodua Bezza 02

Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Jualan Proton pada Oktober yang diraih dengan gilang-gemilangnya adalah kesan daripada permintaan para pembeli yang begitu tinggi. Permintaan dalam pasaran kami dijangka kekal sehingga akhir tahun ini dan kami sedang bertungkus-lumus untuk mengakhiri tahun 2021 dengan sesuatu yang membanggakan.”

Jualan Proton pada Oktober 2021 melonjak 28.7%, jumlah jualan Saga masih ‘tapau’ Perodua Bezza 03

Berkenaan lanjutan pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun 2022, pihak Proton cukup menghargai keputusan kerajaan kerana ia memberi mereka peluang untuk melangsaikan tempahan yang diterima. Lagipun, tidak adil sekiranya pelanggan yang menunggu tidak sempat untuk menikmati harga tanpa cukai jualan. Melalui lanjutan ini, jualan Proton diramal stabil buat suku pertama tahun 2022 yang mana mungkin ada lebih banyak lagi model baru yang akan diperkenalkan ke pasaran.

Juga bacaBajet 2022 - pengecualian & diskaun cukai jualan SST DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2022!

Jualan Proton untuk Oktober 2021 (unit)
Saga 5,107 (+30.7%)
Persona 1,393 (+3.3%)
Iriz 497 (-33.6%)
Exora 359 (+31.9%)
X50 3,839 (57.9%)
X70 2,165 (+37.2%)
Lain 2
Jumlah 13,362 (+28.7%)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda