Jualan Proton turun 25.3% untuk Januari 2022, lebih 1,200 kereta rosak banjir diterima

Haris · Feb 7, 2022 04:15 PM

Jualan Proton turun 25.3% untuk Januari 2022, lebih 1,200 kereta rosak banjir diterima 01

  • Pegangan stok yang rendah dan kelewatan alat ganti menjejaskan prestasi jualan
  • Jualan dijangka pulih bulan Februari selepas aktiviti pengeluaran dimulakan

Kesan banjir yang teruk di Selangor pada penghujung 2021 telah terbukti pada Januari 2022 bagi pengeluar kereta nasional PROTON. Selepas menamatkan tahun sebelumnya dengan angka jualan tahunan tertinggi sejak 2014, jualan untuk bulan pertama tahun baharu telah menurun disebabkan kekurangan stok yang tersedia.

Proton menjual 4,453 unit (domestik + eksport) pada bulan Januari, pengurangan sebanyak 25.3% daripada bulan yang sama pada 2021 dengan anggaran pegangan pasaran domestik sebanyak 11.3%.

Jualan Proton turun 25.3% untuk Januari 2022, lebih 1,200 kereta rosak banjir diterima 02

Isu bekalan komponen menjejaskan pengeluaran semua model walaupun kilang pengeluaran Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim tidak terjejas akibat banjir pada bulan Disember, vendor syarikat pula tidak bernasib baik. Ramai yang mempunyai kemudahan pengeluaran di Shah Alam terjejas oleh peningkatan air banjir. I

ni mempunyai kesan langsung ke atas jumlah pengeluaran pada bulan Januari yang menyebabkan kekurangan unit untuk memenuhi pesanan.

Tambahan pula, pegangan stok yang rendah dari bulan sebelumnya kerana syarikat tengah berusaha untuk merapatkan jurang antara bekalan dan permintaan pasaran.

Jualan Proton turun 25.3% untuk Januari 2022, lebih 1,200 kereta rosak banjir diterima 01

“Selepas menamatkan tahun 2021 dengan kejayaan, Januari merupakan bulan yang sangat sukar bagi Proton. Situasi kekurangan bekalan kami menjadi lebih ketara apabila terdapat kekurangan dalam unit yang dikeluarkan, yang seterusnya memberi kesan yang teruk bagi pengedar.

Kami bersyukur kerana pengeluaran untuk semua model telah berjaya disambung semula pada bulan Januari, walaupun sesetengah model memerlukan lebih banyak masa. Kami yakin dapat mencapai sasaran tahun 2022 berdasarkan unjuran pasaran serta rancangan jualan dan pemasaran untuk sepanjang tahun ini,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai
Eksekutif, Proton Edar.

Jualan Proton turun 25.3% untuk Januari 2022, lebih 1,200 kereta rosak banjir diterima 02

Di antara semua model, Proton X50 dan Proton X70 merupakan model pertama yang memulakan semula pengeluaran dan ini dapat dilihat dalam jumlah jualan Januari. Sebanyak 2,601 unit Proton X50 dan 799 unit Proton X70 telah dijual pada bulan lepas. Walaupun jumlah individu adalah sederhana berbanding bulan sebelumnya, jualan gabungan kedua-dua model meletakkan Proton sebagai jenama SUV nombor satu di Malaysia.

Usaha bantuan banjir untuk pelanggan diteruskan 1 setengah bulan selepas banjir bulan Disember, lebih 1,200 kenderaan Proton yang terjejas banjir telah diterima di pusat servis rasmi syarikat. Ia kemudiannya dibahagikan kepada empat kategori, bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami, sebelum penilaian dibuat dan pembaikan dijalankan.

Jualan Proton turun 25.3% untuk Januari 2022, lebih 1,200 kereta rosak banjir diterima 03

“Proton ingin mengingatkan semua pelanggan yang mempunyai kereta yang terjejas akibat banjir supaya menghantar kenderaan mereka ke rangkaian pusat perkhidmatan rasmi kami untuk menikmati manfaat seperti perkhidmatan menunda dan mencuci kereta percuma serta diskaun alat ganti dan caj buruh.

Kami juga berterima kasih kepada kerajaan atas baucar bantuan RM1,000, yang terbukti amat bernilai untuk ramai pelanggan kami,” tambah Roslan Abdullah.

Berikut adalah jumlah jualan keseluruhan Proton untuk Januari 2022:

Angka jualan Proton untuk Januari 2022
Model Unit
Proton Saga 76
Proton X50 2,601
Proton X70 799
Proton Persona 694
Proton Iriz 229
Proton Exora 54
Jumlah 4,453*

*= termasuk jualan model lain yang tidak disenaraikan turut ditambah kepada jumlah angka jualan

Baca: Proton tawar diskaun untuk pelanggan mangsa banjir - RM 300 untuk bantuan caj tunda, pembersihan kereta

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru