window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar

Faisal · Mar 3, 2022 01:49 PM

Jualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar 01

  • Jualan Proton meningkat sebanyak 107% berbanding dengan bulan Januari 
  • Proton berjaya menjual sehingga 9,225 unit kereta (domestik & eksport)
  • Jualan dijangka kekal meningkat selepas semua aktiviti pengeluaran disambung semula

Berikutan bulan Januari yang mencabar di mana pengeluaran terjejas teruk akibat isu banjir, pengeluar kereta Proton kembali pulih pada bulan Februari dengan peningkatan jualan sebanyak 107%. Untuk makluman anda, Proton berjaya menjual sehingga 9,225 unit (domestik + eksport) pada bulan lepas. Secara tidak langsung, mereka dapat menuntut semula kedudukan kedua dalam pasaran dan kembali dalam landasan untuk memulihkan kehilangan jualan dari bulan Januari.

Juga baca: Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya

Jualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pegangan pasaran domestik Proton untuk bulan Februari lalu dianggarkan pada 20.2% manakala untuk dua bulan pertama tahun ini, pegangan pasaran terkumpul dianggarkan pada 15.9%. Untuk pasaran automotif, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi tahun ini dianggarkan meningkat sebanyak 11.4% berbanding dua bulan pertama 2021.

Jualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar 01

Walaupun jualan domestik untuk tahun 2022 masih menjejaki volum tahun lepas, jualan eksport sebenarnya makin meningkat dan telah bertambah sebanyak 72.8%. Untuk dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 323 unit kereta Proton telah dijual dalam pasaran eksport berbanding hanya 187 unit dijual pada tahun 2021.

Jualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar 02

Dengan penyambungan pengeluaran secara sepenuhnya di Shah Alam dan Tanjung Malim, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah jualan Proton secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, pengeluaran dan jualan model seperti Proton Saga hanya dapat dijalankan selama setengah bulan sahaja. Perkara ini secara tidak langsung telah menjejaskan potensi yang ada.

Jualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar 03

Secara teknikal, Saga mencapai 2,951 unit pada bulan Februari. Walaupun kurang daripada purata bulanan biasa, angka itu dijangka kembali ke tahap sebelumnya dalam beberapa bulan akan datang. Model lain pula mencapai jualan yang lebih baik berbanding dengan sasaran jualan mereka.

Jualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar 04

Proton X50 dan Proton X70 pula menutup tirai bulan Februari dengan jualan sebanyak 3,002 dan 1,119 unit. Prestasi sebegini membolehkan kedua-duanya mengekalkan pegangan mereka di tempat pertama dalam segmen masing-masing. Proton X50 juga merupakan SUV paling laris dalam negara dan telah menarik lebih 100,000 unit sejak dilancarkan.

Jualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar 05

Proton Exora juga kembali ke tempat pertama dalam MPV segmen C manakala terdapat peningkatan yang besar untuk Proton Iriz dan Proton Persona di mana mereka menamatkan bulan ini di kedudukan keempat dan kedua dalam segmen masing-masing.

Model Jumlah unit terjual Jumlah jualan 2022 Pencapaian jualan untuk Februari 2022
Saga 2,951 3,027 Jualan sedan segmen A kedua tertinggi
Persona 1,675 2,369 Jualan sedan segmen B kedua tertinggi
Exora 157 211 Jualan MPV segmen C tertinggi
Iriz 321 550 Jualan hatchback segmen B keempat kertinggi
X70 1,119 1,918 Jualan SUV segmen C tertinggi
X50 3,002 5,603 Jualan SUV segmen B tertinggi
Jumlah 9,225 13,678  

Jualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar 06

Apapun, Proton sedar akan isu selepas jualan dan ketersediaan alat ganti. Jadi, mereka menetapkan peraturan mandatori di mana semua pengedar dikehendaki memegang stok tiga bulan untuk 22 alat ganti yang mengalami permintaan tinggi.

Juga bacaJenama nasional hilang tempat pada 2021, bahagian pasaran Proton-Perodua turun bawah 60%!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda