window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Toyota Corolla Altis di Thailand kekal jatuh untuk Q1 2021, Honda Civic semakin jauh!

Faisal · Jun 8, 2021 06:00 PM

Jualan Toyota Corolla Altis di Thailand kekal jatuh untuk Q1 2021, Honda Civic semakin jauh! 01

Honda Civic kekal mendominasi pasaran segmen C di Thailand manakala pesaing handal seperti Toyota Corolla Altis dan Mazda 3 pula kekal jauh di belakangnya.

Jualan Toyota Corolla Altis di Thailand kekal jatuh untuk Q1 2021, Honda Civic semakin jauh! 02

Menurut Headlight Magazine, sebanyak 4,098 unit Honda Civic telah terjual dalam suku pertama tahun 2021. Sebagai perbandingan, Corolla Altis hanya terjual sebanyak 1,581 unit. Mazda 3 pula kekal di tangga ketiga dengan jualan sebanyak 576 unit sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan Toyota Corolla Altis di Thailand kekal jatuh untuk Q1 2021, Honda Civic semakin jauh! 01

Juga bacaRebiu: Toyota Corolla Altis 1.8G 2020 – Tak selaju Civic, tapi lagi selesa!

Untuk maklumat anda, Corolla Altis telah lama hidup dalam bayangan Honda Civic. Walau bagaimanapun, jualan sedan segmen C di pasaran Thailand sebenarnya kekal merudum setelah Toyota Corolla Cross diperkenalkan.

Jualan Toyota Corolla Altis di Thailand kekal jatuh untuk Q1 2021, Honda Civic semakin jauh! 02

Pembuli di kelasnya.

Sebabnya cukup mudah. Corolla Cross sendiri lebih luas dan lebih murah daripada Corolla Altis. Ia juga lebih baru (2020 vs 2019).

Juga bacaRebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Jualan Toyota Corolla Altis di Thailand kekal jatuh untuk Q1 2021, Honda Civic semakin jauh! 03

Selama ini pula, Mazda 3 menghadapi kesukaran dalam mencantas kedudukan Corolla Altis. Hal ini berkait rapat dengan tawaran harga yang paling mahal dalam saingan ini.

Juga bacaRebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan?

Jualan Toyota Corolla Altis di Thailand kekal jatuh untuk Q1 2021, Honda Civic semakin jauh! 04

Untuk pengetahuan anda, Honda Civic menjuarai carta jualan segmen C di Thailand sejak Januari 2020 lagi.

Jualan Toyota Corolla Altis di Thailand kekal jatuh untuk Q1 2021, Honda Civic semakin jauh! 05

Honda Civic serba baru.

Apapun, kelibat generasi baru iaitu Honda Civic FE telahpun diintip. Hanya masa sahaja yang dapat menentukan samada model baru boleh kekalkan impak yang sama atau sebaliknya.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda