window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi - Valentino Rossi

Khairil ยท Feb 9, 2021 09:00 PM

Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi - Valentino Rossi 01

Selepas kali terakhir menjulang gelaran dunia MotoGP pada 2009, legenda Itali Valentino Rossi mengakui memburu gelaran tertinggi itu bukan lagi satu obsesi buat dirinya.

Tampil mengejutkan apabila bakal beraksi bersama pasukan satelit Petronas Yamaha SRT pada musim ini, juara dunia sembilan kali itu begitupun tidak menafikan peluangnya sudah pun terkubur malah fokusnya tetap sama.

Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi - Valentino Rossi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Ia bukan lagi obsesi. Saya pasti gembira jika dapat berlumba dengan baik, mendaki podium, menjadi protagonis dalam pemburuan kejuaraan," kata Rossi dalam satu temuramah bersama media Itali, Corriere della Sera.

"Menjuarai perlumbaan adalah sesuatu yang sukar, kerana tahap pelumba-pelumba ketika ini amatlah tinggi."

Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi - Valentino Rossi 01

Kali terakhir Rossi yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-42 pada 16 Februari ini meraih kemenangan dalam perlumbaan MotoGP adalah pada tahun 2017.

"Saya memperoleh sekurang-kurangnya tiga peluang beberapa tahun ini, tetapi sentiasa terlepas pada penghujungnya."

Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi - Valentino Rossi 02

Sumber imej: Corriere

Sekali pun enggan mengeluarkan komen mengenai 'penyingkirannya' daripada pasukan utama Yamaha, Rossi begitupun mengakui pemilihan pelumba bagi musim 2021 sebelum saingan musim 2020 bermula sabagai 'kesilapan.'

Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi - Valentino Rossi 03

"Ia adalah kesilapan MotoGP. Kami sepatutnya menunggu sekurang-kurangnya beberapa perlumbaan. Begitupun, (Fabio) Quartararo masih pelumba yang amat berbakat dan (Maverick) Vinales sekalipun ada jatuh dan naik, dia masih kuat. Mereka akan melakukannya dengan baik, saya pasti."

Mengulas mengenai juara dunia lapan kali Marc Marquez, Rossi turut mengakui tidak mengerti mengapa penganjur MotoGP membenarkan pelumba Sepanyol itu kembali berlumba dengan cepat sejurus selepas pembedahan.

Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi - Valentino Rossi 04

Sumber imej: MotoGP

Mengenai perseteruannya dengan Marquez, Rossi berkata adalah 'mustahil' untuk dia memaafkan 'dosa' pencabarnya itu pada 2015 di mana dia percaya Marquez cuba untuk menghadiahkan kejuaraan kepada Jorge Lorenzo.

"Apa yang dia lakukan kepada saya tidak boleh dimaafkan. Apabila saya berfikir balik mengenai perkara itu, perasaan saya masih sama. Dan ia sudah enam tahun berlaku. Nampaknya amat sukar untuk perasaan saya berubah,” kata Rossi sambil menambah Marquez bukanlah pencabar terhebatnya.

Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi - Valentino Rossi 05

Sumber imej: Eurosport

Baru-baru ini, Pengarah Sky Racing Team VR46, Alessio Salucci mendedahkan masa depan pelumba dengan julukan The Doctor itu akan ditentukan berdasarkan 6 ke 7 perlumbaan pada musim ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda