window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jumpa di Portugal, Marc Marquez diberi 'lampu hijau' kembali berlumba!

Khairil ยท Apr 11, 2021 06:00 PM

Jumpa di Portugal, Marc Marquez diberi 'lampu hijau' kembali berlumba! 01

Selepas sekadar menjadi 'penonton' sejak Julai lalu, jaguh Repsol Honda yang juga juara dunia lapan kali, Marc Marquez akhirnya diberikan pelepasan untuk kembali bergasak dalam kancah MotoGP.

Ia susulan daripada ujian perubatan terbaharu yang diterima daripada pasukan perubatan yang merawat pelumba kelahiran Sepanyol itu, baru-baru ini.

Jumpa di Portugal, Marc Marquez diberi 'lampu hijau' kembali berlumba! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Repsol Honda dalam satu kenyataan begitupun tidak menyatakan pusingan mana juara enam kali MotoGP itu akan kembali namun Marquez dalam laman sosialnya berkata dia akan berada di litar pada pusingan ketiga MotoGP musim ini iaitu di Portugal, minggu depan.

"Ia adalah sembilan bulan yang sukar, dengan pelbagai tempoh ketidaktentuan dan turun dan naik, dan kini, akhirnya, saya berpeluang untuk kembali menikmati kegembiraan saya sekali lagi! Jumpa kamu pada minggu depan di Portimao!!", kata Marquez.

Jumpa di Portugal, Marc Marquez diberi 'lampu hijau' kembali berlumba! 01

Selepas dua kali menguji jentera produksi RC213V-S bulan lalu, Marquez mensasarkan untuk membuat kepulangan semula pada perlumbaan pembuka tirai di Qatar, dua minggu lalu.

Begitupun, pasukan perubatannya berpendapat sebaliknya dengan menyatakan keadaan tangan kanannya masih belum bersedia.

Jumpa di Portugal, Marc Marquez diberi 'lampu hijau' kembali berlumba! 02

Repsol Honda berkata: "Dalam penilaian yang dibuat ke atas Marc Marquez oleh pasukan perubatan Hospital Ruber Internacional, empat bulan selepas pembedahan, yang diketuai oleh Doktor Samuel Antuna, Ignacio Roger de Oña, selain doktor-doktor lain iaitu De Miguel, Ibarzabal dan García Villanueva, untuk jangkitan pseudoarthrosis pada humerus kanan, keadaan klinikal yang diperoleh adalah sangat memuaskan, bersama dengan bukti kemajuan yang jelas dalam proses penyatuan tulang.

Jumpa di Portugal, Marc Marquez diberi 'lampu hijau' kembali berlumba! 03

"Dalam keadaan semasa, didapati yang pesakit boleh kembali untuk bersaing, dengan mengandaikan tahap risiko yang ada dalam aktiviti berkenaan."

Selepas terlepas dua perlumbaan di Qatar, Marquez ketika ini secara matematiknya sudah terlepas 50 mata kejuaraan.

Jumpa di Portugal, Marc Marquez diberi 'lampu hijau' kembali berlumba! 04

Kejuaraan ketika ini dipimpin pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco yang mengumpul 40 mata daripada dua perlumbaan diikuti dua pelumba Monster Yamaha, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo yang masing-masing mengumpul 36 mata.

Berdasarkan jurang berkenaan dan berbaki 17 pusingan perlumbaan termasuk GP Malaysia, peluang untuk Marquez kembali mengejar kejuaraan bukan sesuatu yang mustahil namun persoalan yang bermain adalah berapa lama masa diperlukan untuknya meraih kembali berada prestasi terbaik selepas sekian lama tersisih.

Jumpa di Portugal, Marc Marquez diberi 'lampu hijau' kembali berlumba! 05

Selain itu, pasukan Honda pastinya amat berharap dengan kepulangan semula ayam tambatannya itu selepas mengharungi tempoh yang mengecewakan. Pada aksi di Qatar, pelumba terbaik dari Honda adalah Pol Espargaro yang menamatkan perlumbaan di tangga kelapan dan ke-13.

Sumber imej: Facebook Marc Marquez

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda