window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Juruteknik mengaku tak bersalah hentak Honda Civic dengan helmet

Mersita · Mar 31, 2021 02:00 PM

Juruteknik mengaku tak bersalah hentak Honda Civic dengan helmet 01

Seorang lelaki yang naik berang lalu memecahkan cermin hadapan dan mengakibatkan beberapa kerosakan lagi keatas sebuah Honda Civic di Parit Jawa, Muar telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar semalam.

Tertuduh, Ahmad ‘Azim Sa’ri (25) bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuraidah Abu Bakar. Ahmad ‘Azim yang juga seorang juruteknik didakwa melakukan perbuatan khianat itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun sehingga menyebabkan kerugian atas bahagian keretanya yang dibinasakan. Kejadian berlaku di Persimpangan Lampu Isyarat Parit Jawa pada pukul 3.25 petang, 15 Mac lalu.

Juruteknik mengaku tak bersalah hentak Honda Civic dengan helmet 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang laporkan sebelum ini, perbuatan tersebut yang dirakam oleh penumpang kereta Honda Civic berkenaan mula tular di media sosial menunjukkan tertuduh menghentakkan topi keledarnya pada but hadapan kereta sebelum menendang cermin sisi sebelah pemandu serta menghentak topi keledarnya pada cermin hadapan kereta berkenaan.

Tertuduh yang juga dilaporkan mengalami sakit mental dilihat melemparkan kata-kata kesat terhadap pemandu wanita itu yang enggan keluar dari kereta.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara selama tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda, atau kedua-duannya sekali.

Terdahulu, peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 29 April sementara menunggu tertuduh selesai menjalani rawatan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Putera Amirool Faez Suhasi.

Sumber berita: Utusan Online

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda