window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang?

Haris · Sep 26, 2022 11:00 AM

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 01

Kredit: Yiche

Umum mengetahui bahawa Geely Boyue merupakan model asas kepada Proton X70, di samping beberapa talaan yang lebih sesuai untuk pasaran berbeza. Di China, Geely telah mendedahkan model pengganti SUV ini dengan nama Geely Boyue L pada bulan Ogos lepas.

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 02

Semasa penampilan pertama Boyue L, Geely hanya mempamerkan bahagian luar Boyue L secara meluas tetapi langsung tidak mendedahkan perincian kabin dalaman.

Baca: Geely Jiaji L 2022 baru menggantikan enjin 1.8 Proton X70 untuk 1.5 turbo 4-silinder, kini dengan 181 PS!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 01

Kredit: Yiche

Baru-baru ini, portal automotif Yiche telah melihat dengan lebih dekat model Geely Boyue L serba baharu dan kami berpendapat bahawa Honda CR-V dan Mazda CX-5 perlu bimbang dengan persembahan kabin dalaman Geely Boyue L ini.

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 02

Kredit: Yiche

Bermula dengan konsol yang menjadi fokus utama, papan pemuka kelihatan setanding Volvo sangat moden. Geely sememangnya terkenal dengan persembahan kabin dalaman yang baik bermula dengan 'kokpit' Geely Binyue (Proton X50) dan nampaknya ia juga tidak mengecewakan untuk Geely Boyue L ini.

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 03

Kredit: Yiche

Skrin infotainmen baharu jenis terapung bersaiz 13.2 inci dan salah satu skrin terbesar yang ada pada model Geely. Dengan resolusi 1440 x 1920, teks dan grafik pada skrin kelihatan tajam dan mudah dibaca. Ia menggunakan perisian Galaxy OS Air baharu, dikuasakan oleh sistem cip (SoC) Qualcomm Snapdragon 8155.

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 04

Kredit: Yiche

Audio disalurkan melalui sistem bunyi 11-pembesar suara daripada Infinity, yang dipertingkatkan lagi dengan sistem pemprosesan bunyi oleh Logic7.

Baca: Tahukah anda bahawa Proton X70 sebenarnya mengambil asas daripada Toyota RAV4 yang lama?

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 05

Kredit: Yiche

Tiada lagi kluster meter instrumen digital 7-inci model terdahulu, kini digantikan dengan unit 10.25-inci yang lebih besar. Terdapat juga heads-up display realiti terimbuh (Augmented Reality) bersaiz 25.6 inci yang baharu kepada barisan Boyue.

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 06

Kredit: Yiche

Perincian lain juga menampilkan segala-galanya yang lebih baik. Geely telah merekayasa semula pelindung matahari Boyue L, kini dengan "filem gelap" direka dengan bijak yang berfungsi seperti sepasang cermin mata hitam.

Pelindung matahari ini didakwa mampu menyekat 100 peratus sinaran ultraungu dengan VLT (visible light transmission) yang boleh dilihat hanya 6 peratus.

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 07

Kredit: Yiche

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 08

Kredit: Yiche

Sepasang tempat duduk yang premium ditawarkan pada baris hadapan dengan fungsi pelarasan kuasa, perincian yang boleh anda jangkakan dalam sebuah SUV tahap ini.

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 09

Kredit: Yiche

Di bawah hud SUV yang direka bentuk semula ini terdapat rangkaian rangkaian kuasa baharu. Ketika pelancaran, Geely menyebut Boyue L akan mendapat 2 enjin pengecas turbo, 1.5 liter 4-silinder yang berkuasa 181 PS dan 290 Nm dan 2.0 liter dengan 218 PS dan 325 Nm.

Enjin 2.0 liter ini dibangunkan bersama Volvo dan merupakan sebahagian daripada keluarga enjin Drive-E.

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 10

Kredit: Yiche

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 11

Kredit: Yiche

Model versi elektrifikasi juga diumumkan, termasuk pengecas turbo 1.5 liter hibrid petrol-elektrik (HEV), serta versi hibrid plug-in (PHEV). Model PHEV tersebut didakwa mampu menawarkan jarak tempuh sehingga 1,300 km untuk setangki minyak penuh, sambil mengembalikan angka penjimatan bahan api serendah 4.2 liter / 100 km.

Adakah ini Proton X70 generasi baharu untuk Malaysia?

Kabin dalaman Geely Boyue L didedah, ini prebiu Proton X70 generasi akan datang? 12

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Proton X70 pada asasnya ialah versi pemanduan kanan (RHD) Geely Boyue. Maka, tidak keterlaluan jika Geely Boyue L serba baharu ini boleh dihasilkan menjadi Proton X70 generasi akan datang.

Walau bagaimanapun, harga Proton X70 generasi baharu ini mungkin tidak semurah harga semasa  (RM 98,800 hingga RM 128,800), disebabkan oleh kabin yang lebih mewah dan rangkaian kuasa yang canggih.

Proton X70 generasi baharu mungkin tidak ditawarkan di sini dalam masa terdekat juga. Hal ini berdasarkan model Proton X70 CKD yang hanya dilancarkan di sini pada Februari 2020, justeru model generasi baharu tidak akan dilancarkan di Malaysia sekurang-kurangnya sehingga tahun 2025.

Baca: Proton X70 generasi baharu bernadikan Volvo; Geely Boyue L debut 2.0T Volvo Drive-E!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda