window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic!

Haris · May 30, 2022 03:00 PM

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 01

Berikutan imej acah yang dipaparkan pada awal Mei lalu, GAC Honda telah menampilkan model baharu Honda ZR-V 2023 di China. Kali ini, beberapa imej bahagian dalaman SUV baharu itu turut didedahkan. Di China, model itu dipanggil Honda 致在.

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 02

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda ZR-V ialah sebuah SUV berasaskan Civic yang merapatkan jurang antara HR-V berasaskan Honda City dan (juga) Honda CR-V berasaskan Civic. Kini, ZR-V pasaran China dan HR-V pasaran Amerika Utara pada asasnya adalah model yang sama, dan model itu juga akan mula dijual dengan nama ZR-V di Eropah menjelang 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 01

Ini mungkin kali pertama bahagian dalaman Honda ZR-V dipertontonkan kepada umum kerana imej acah sebelum ini tidak mendedahkan bahagian dalaman SUV itu. Set gambar ini adalah daripada portal Autohome

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 02

Antara kesimpulan yang dapat dilakukan untuk imej awal ini – memandangkan ZR-V diasaskan pada Civic, tidaklah mengejutkan bahawa bahagian dalamannya sama dengan sedan segmen C. Oleh itu, ia menggunakan corong pendingin hawa memanjang yang sama seperti Civic.

Baca: Honda ZR-V China hanyalah HR-V berasaskan Civic FE - 1.5 VTEC Turbo, 182 PS & 240 Nm

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 03

HR-V berasaskan City mendapat sistem penyebar udara yang menarik ini

Untuk oerinciani lain, disebabkan penggunaan lubang pendingin hawa jenis honeycomb di bahagian hadapan, Honda ZR-V tidak ditawarkan dengan sistem penyebaran udara yang lebih efisien yang terdapat pada HR-V dengan asas City.

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 04

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 05

ZR-V juga mendapat kluster instrumen digital 10.2 inci yang serupa seperti Civic FE, serta beberapa port pengecasan USB-A dan USB-C.

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 06

Perbezaan Honda ZR-V yang berbeza daripada Civic ialah konsol tengah. ZR-V mendapat konsol tengah dua tingkat dengan ruang storan terletak di bawah justeru mencerminkan ciri Honda HR-V yang diasaskan City.

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 07

Plat VIN menyebut bahawa ZR-V dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo L15C

Walaupun Honda ZR-V pasaran Eropah akan dijual secara eksklusif dengan enjin hibrid petrol-elektrik Honda i-MMD, model pasaran China dijual dengan enjin petrol 1.5 liter turbocaj semasa pelancaran.

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 08

Dengan kod nama L15CD, enjin petrol turbo ini menghasilkan 182 PS dan 240 Nm. Enjin itu dipasangkan dengan transmisi CVT yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan. Jika angka-angka ini kelihatan biasa, hal ini kerana angka-angka tersebut sama dengan angka Civic FE pasaran Malaysia kita.

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 09

Tidak seperti HR-V berasaskan City yang mendapat suspensi belakang torsion beam, ZR-V berasaskan Civic yang lebih besar mendapat suspensi belakang multi-link yang lebih sofistikated.

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 10

Dari segi dimensi, ZR-V ialah 4,568 mm panjang, 1,840 mm lebar dan 1,621 mm tinggi. Ia mempunyai jarak roda sepanjang 2,665 mm.

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 11

Berikut ialah perbandingan dimensi ringkas antara ZR-V, HR-V (berasaskan City), dan Toyota Corolla Cross - yang terakhir disasarkan oleh ZR-V.

Perbandingan dimensi
Model ZR-V HR-V Corolla Cross
Panjang (mm) 4,568 4,385 4,460
Lebar (mm) 1,840 1,790 1,825
Tinggi (mm) 1,621 1,590 1,620
Jarak Roda (mm) 2,655 2,610 2,640

Kabin dalaman Honda ZR-V 2023 didedah - alternatif CR-V tapi mirip Civic! 12

GAC Honda dijangka akan melancarkan Honda ZR-V 2023 tidak lama lagi, jadi nantikan lebih banyak informasi di portal Wapcar.

Baca: Honda ZR-V, SUV segmen B baharu untuk menyaingi Toyota Raize / Daihatsu Rocky?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda