Kajian – Pemandu masih tak percaya sepenuhnya terhadap ciri bantuan keselamatan ADAS

Faisal · Jul 5, 2021 05:00 PM

Kajian – Pemandu masih tak percaya sepenuhnya terhadap ciri bantuan keselamatan ADAS 01

Dengan ciri bantuan keselamatan ADAS yang semakin diketengahkan pada kereta-kereta baru, sebuah kajian dari Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) mendapati bahawa pemandu masih tidak berapa percaya dengan ciri seperti kawalan pelayaran adaptif (ACC) mahupun sistem pandu separa-autonomi yang lebih canggih.

Kajian turut mendapati bahawa apabila di selekoh yang tajam, pemanduan separa-autonomi yang menggabungkan ACC dan bantuan kekal dalam lorong selalunya akan terbatal. Kebiasaannya, pemandu sendiri yang tutup ciri ini ataupun sistem ini sendiri yang nyah-aktif secara automatik.

Kajian – Pemandu masih tak percaya sepenuhnya terhadap ciri bantuan keselamatan ADAS 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut jurutera Senior Research Transportation IIHS, ciri ADAS dicipta khas untuk mengelakkan pelanggaran tetapi ia hanya akan berfungsi kalau pemandu gunakannya.

Malah menurut beliau, teknologi ini hanya akan menunjukkan potensi sebenar kalau pemandu menyerahkan kepercayaan sepenuhnya terhadap sistem itu ketika mengambil selekoh.

Kajian – Pemandu masih tak percaya sepenuhnya terhadap ciri bantuan keselamatan ADAS 01

Dalam kajian yang dibuat oleh Advanced Vehicle Technology Consortium dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) itu, dua Range Rover Evoque dan dua Volvo S90 telah dijadikan eksperimen oleh 39 pemandu yang berbeza dalam tempoh empat minggu. Kedua-dua kereta ini dilengkapkan dengan ciri ACC dan pengekalan dalam lorong.

Kajian – Pemandu masih tak percaya sepenuhnya terhadap ciri bantuan keselamatan ADAS 02

Untuk Evoque, 72 peratus daripada pemandu tidak menggunakan ACC sewaktu mengambil selekoh yang tajam, iaitu radius pusingan yang kurang dari 700 m. Berkenaan S90 pula, 75 peratus daripada pemandu tidak gunakan Pilot Assist. Malah sewaktu mengambil selekoh yang tajam, 66 peratus daripada mereka tidak berharap dengan ACC.

Walau bagaimanapun, analisis ini tidak menunjukkan samada pemandu yang menutup ciri tersebut ataupun ia nyah-aktif secara automatik.

Kajian – Pemandu masih tak percaya sepenuhnya terhadap ciri bantuan keselamatan ADAS 03

Berkenaan kajian tersebut, jurutera IIHS sempat mengulas bahawa Pilot Assist yang sering diketepikan sewaktu selekoh yang tajam diambil sudah cukup merugikan pemandu. Menurut beliau, di situlah ia mempu menyelamatkan pemandu sekiranya kecuaian terjadi.

IIHS percaya bahawa ACC sememangnya dapat mengurangkan pelanggaran kerana ia mampu mengesan pada jarak yang lebih jauh. Secara tidak langsung, pemandu juga mempunyai lebih masa untuk bertindak dalam situasi yang mencemaskan.

Kajian – Pemandu masih tak percaya sepenuhnya terhadap ciri bantuan keselamatan ADAS 04

Apapun, perlu dimaklumkan bahawa kebanyakan sistem ACC yang ada sekali dengan fungsi pengekalan lorong masih belum cemerlang dalam mengambil selekoh. Contohnya, Volvo telah mengatakan bahawa ciri Pilot Assist pada model terkini mempunyai had masing-masing, mampu menjejaskan sistem itu daripada berfungsi secara efektif..

Kajian – Pemandu masih tak percaya sepenuhnya terhadap ciri bantuan keselamatan ADAS 05

Untuk jalan raya di Malaysia yang kadangkala garisannya bercelaru dan tidak ditanda dengan jelas, fungsi Pilot Assist tidak akan menunjukkan potensi yang penuh.

Tetapi tidak kisah apa jua teknologi sekalipun, pemandu perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika memandu.

Juga baca:

Vios terjun bawah tembok, ada pula orang lalu dirempuh. Kalau ada ADAS bagaimana?

Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu?

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

tradeInTool.upto20

2017 Land Rover Range Rover Evoque 2.0 Si4 5-Door SE

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru