window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kajian dedah T20 suka pasang plat fancy, 'tint' gelap - Atau adakah ini masalah penguatkuasaan?

Mersita ยท Jan 7, 2023 06:00 PM

Kajian dedah T20 suka pasang plat fancy, 'tint' gelap - Atau adakah ini masalah penguatkuasaan? 01

Apakah punca dan faktor sebenar dalam kes pemasangan nombor plat fancy dan cermin gelap haram di kalangan pemilik kereta di Malaysia? Adakah faktor status dan kekayaan memainkan peranan?

Faktor status kewangan inilah yang didedahkan dalam satu eksperimen sosial dijalankan oleh Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) baru-baru ini dimana pemilik kenderaan mewah atau golongan T20 dikaitkan dengan jumlah tinggi dalam kesalahan menggunakan nombor plat fancy pada kenderaan mereka, lapor Harian Metro.

Kajian dedah T20 suka pasang plat fancy, 'tint' gelap - Atau adakah ini masalah penguatkuasaan? 02

Gambar hiasan

Menurut Cent-GPS, kajian yang dijalankan pada Mei 2022 mendapati 56% kesalahan plat kenderaan fancy atau tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah dilakukan oleh pemilik kenderaan mewah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tinjauan umum berkenaan adalah berdasarkan 1,256 buah kenderaan yang diperhatikan di sekitar Lembah Klang; berfokuskan kepada jenama dan model kenderaan serta jenis nombor plat yang digunakan kenderaan terlibat.

Kajian dedah T20 suka pasang plat fancy, 'tint' gelap - Atau adakah ini masalah penguatkuasaan? 01

Berdasarkan pemerhatian, 8% daripada kereta yang menggunakan plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan adalah kenderaan bernilai RM 50,000 ke bawah mengikut harga pasaran. 13% peratus pula merangkumi kenderaan bernilai antara RM 80,000 โ€“ RM 120,000 bagi kesalahan sama, manakala sebanyak 13% lagi adalah kenderaan bernilai RM 120,001 โ€“ RM 160,000.

"Namun sebahagian besar daripada kereta yang menggunakan nombor plat kenderaan fancy adalah kenderaan bernilai lebih daripada RM160,000 iaitu mewakili 56% dari kenderaan dicatatkan," katanya dalam satu kenyataan.

Kajian dedah T20 suka pasang plat fancy, 'tint' gelap - Atau adakah ini masalah penguatkuasaan? 02

Menurut klasifikasi buatan pula โ€“ Continental (Barat), Asian, dan Malaysia โ€“ Cent-GPS mendapati 33.4% daripada keseluruhan jumlah kenderaan bernombor plat fancy adalah terdiri daripada kereta Continental (Mercedes-Benz, BMW, Audi, dll.), 51% membabitkan kereta buatan Asia (Honda, Toyota, Hyundai, dll.), dan hanya 15.6% kereta keluaran tempatan โ€“ kebanyakannya Proton X70.

Daripada semua kenderaan menggunakan nombor plat fancy, sebanyak 58.5% adalah kenderaan tergolong dalam kategori pendapatan T20.

"Dengan kereta bernilai lebih RM160,000 mendominasi kedua-dua kategori kesalahan nombor plat fancy dan cermin gelap melebihi had dibenarkan, kita perlu mempersoalkan mengapa masyarakat Malaysia melayan golongan ini dengan lebih keistimewaan," ulasnya lagi.

Apa punca sebenar?

Kajian dedah T20 suka pasang plat fancy, 'tint' gelap - Atau adakah ini masalah penguatkuasaan? 03

Antara contoh yang dikesan di jalan raya Kuching dan Miri, Sarawak - boleh dikatakan penggunaan plat fancy di negeri-negeri lain tidak mengira pendapatan/jenis kereta

Memandangkan tinjauan umum ini dilakukan di sekitar kawasan-kawasan utama di Lembah Klang, skop ini harus ini dilihat dari aspek lebih meluas. Menurut tinjauan kasar penulis di bandar-bandar lain seperti Miri dan Kuching sejak sekian lama, agak sukar untuk penulis merumuskan hasil yang sama dengan kajian di atas kerana kereta-kereta biasa seperti Perodua dan model-model lama turut dilihat menggunakan plat fancy secara berleluasa.

Jangankan plat bertulisan italic tanpa jarak antara nombor dan huruf yang sering kita lihat; tulisan sekecil-kecil syiling 10 sen atau ditambah efek kristal bercahaya latar pun digunakan secara berleluasa tanpa mengira jenis model mahupun buatan negara mana.

Juga baca: Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia โ€“ Sabah & Sarawak terlalu santai?

Maka, persoalannya di sini ialah: Apakah faktor atau punca sebenar penggunaan plat fancy di kalangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya? Adakah status kekayaan bermaksud pemilik ada wang lebih untuk tambah modifikasi kereta; ataupun adakah ia disebabkan oleh ketersediaan nombor plat fancy di kedai-kedai aksesori kereta; atau disebabkan faktor penguatkuasaan?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda