window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kak KM belanja kereta Honda untuk ibunya, bayar 'cash' RM 102,200! Model apa, ya?

Mersita · Jun 24, 2022 07:00 PM

Kak KM belanja kereta Honda untuk ibunya, bayar 'cash' RM 102,200! Model apa, ya? 01

Pempengaruh dan usahawan wanita, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM, baru-baru ini mendedahkan kejutan istimewa untuk ibu tersayang, Normah Damanhuri, iaitu dengan membelikannya sebuah kereta Honda serba baru secara tunai.

Ibu Kak KM yang juga pelakon veteran terkenal itu dilihat mengalirkan air mata kerana tidak menyangka hasratnya untuk membeli kereta telah dipenuhi oleh anak perempuannya itu.

@sweetdara_fm alhamdullilah kak km hadiahkn kereta cash dengan nilai rm100k untuk mak tersayang..jasa mak tidak terbalas..doakn kak km sentiasa dimurahkan rezeki.. #kakkmtaktumpangpopularitiorglain #fypシ ♬ original sound - FizaMakun💕

Dalam satu perkongsian di media sosial, Kak KM yang dilihat sedang duduk bersama keluarganya tiba-tiba mengeluarkan buku cek dan mengumumkan yang kereta berkenaan adalah hadiah untuk ibunya. Sekeping cek ditulis dengan nilai RM 102,200 diberikan kepada ibunya sambil berkata, “Ikhlas untuk mak. Saya sayang kat mak. Mak, doakan saya, k? Nah, mak pergi bayar sendiri. Ni hadiah untuk mak, ok?”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kak KM belanja kereta Honda untuk ibunya, bayar 'cash' RM 102,200! Model apa, ya? 01

Model kereta berkenaan tidak dapat dipastikan, namun harga berkenaan pastinya harga jualan yang dikecualikan SST. Jika tekaan kami benar, barangkali ia City spesifikasi tinggi.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen memuji sisi baik Kak KM yang berbakti kepada orang tuanya. Walaupun usahawan produk kecantikan dan penjagaan wanita itu sering terpalit kontroversi, sifat mulianya terserlah.

Juga baca: Beli kereta 'mewah'? Afieq Shazwan pilih Honda Civic RS di usia muda 25 tahun

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda