window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kalau motosikal terlanggar kereta, insurans motosikal boleh 'cover' kos baik pulih kereta tak?

Haris ยท Aug 28, 2021 06:00 PM

Kalau motosikal terlanggar kereta, insurans motosikal boleh 'cover' kos baik pulih kereta tak? 01

Kredit Foto

Tahukah anda, berdasarkan data daripada tahun 2017 dan 2018, kemalangan jalan raya menduduki tempat ke 4 antara 5 sebab utama kematian di Malaysia. Kemalangan jalan raya turut menunjukkan peningkatan setiap tahun, sejak tahun 2010 hingga 2019 yang mencatatkan angka kemalangan tertinggi iaitu sebanya 567,561 kes.

Oleh yang demikian, kepentingan insurans dalam hal-hal petaka sebegini memang tak dapat dinafikan. Di samping itu, timbul juga mitos-mitos yang menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Jadi benarkah sekiranya motosikal melanggar kereta, insurans motosikal tidak dapat membayar kos baik pulih kereta?

Kereta dilanggar motosikal, nak buat apa?

Kalau motosikal terlanggar kereta, insurans motosikal boleh 'cover' kos baik pulih kereta tak? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara logiknya, insurans motosikal biasanya lebih rendah berbanding insurans kereta. Justeru, apabila berlaku kemalangan, adakah insurans motosikal mampu meliputi kerosakan kereta?

Kita bincangkan satu persatu. Sekiranya berlaku kemalangan, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan.

Pilihan pertama, anda dan pelaku (atau sebaliknya) boleh berunding antara satu sama lain untuk menyelesaikan sendiri masalah ini, termasuk menentukan siapa yang membayar ganti rugi tanpa perlu ke balai polis berhampiran.

Mengambil kira beberapa faktor tertentu, ini adalah penyelesaian yang ideal namun jika tidak, anda boleh menuju ke penyelesaian seterusnya. 

Kalau motosikal terlanggar kereta, insurans motosikal boleh 'cover' kos baik pulih kereta tak? 01

Kredit Foto

Jika persetujuan tidak dapat dicapai, kedua-dua pihak boleh membuat laporan polis. Perlu diingatkan bahawa laporan polis mesti dibuat dalam masa 24 jam dari kemalangan dan di balai polis trafik yang mempunyai bidang kuasa atas lokasi kemalangan.

Penyiasat polis kemudian akan menyiasat kedua-dua laporan, perihal mengenai bagaimana kemalangan itu berlaku dan membuat kesimpulan. Pihak yang bersalah dan menyebabkan kecelakaan akan dikeluarkan saman.

Sebagai peringatan, jika hanya satu pihak sahaja yang membuat laporan polis, penyiasat yang bertanggungjawab selalunya akan menyebelahi pihak yang telah membuat laporan. 

Tak setuju? Bawa ke mahkamah! 

Kalau motosikal terlanggar kereta, insurans motosikal boleh 'cover' kos baik pulih kereta tak? 02

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan penyiasat, anda boleh membawa kes tersebut ke mahkamah. Firma insurans biasanya akan menguruskan peguam untuk anda atau anda boleh sahaja mencari peguam sendiri.

Untuk keputusan mahkamah pula, badan keadilan tersebut perlu menentukan sama ada terdapat 'tort kecuaian'. Dalam konteks ini, plaintiff perlu membuktikan bahawa kecuaian telah berlaku.

Kalau motosikal terlanggar kereta, insurans motosikal boleh 'cover' kos baik pulih kereta tak? 03

Kredit Foto

Membuktikan kecuaian memerlukan penjelasan yang lebih teknikal dan sah di sisi undang-undang.

Sekiranya tiada kecuaian terhadap plaintif yang dibuktikan ketika waktu kemalangan, masih perlu membuktikan kecuaian dari pihak defendan. Oleh yang demikian, pastikan anda sendiri tidak cuai dalam pemanduan sebelum menjalani proses pengadilan mahkamah. 

Kalau salah penunggang, boleh 'claim' insurans motosikal?

Kalau motosikal terlanggar kereta, insurans motosikal boleh 'cover' kos baik pulih kereta tak? 04

Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap kenderaan bermotor di Malaysia wajib memiliki sekurang-kurangnya polisi insurans pihak ketiga.

Menurut Liberty Insurance, sekiranya polis atau mahkamah telah membersihkan pemandu dari sebarang kesalahan, maka ya, pemandu boleh mengemukakan tuntutan untuk memperbaiki kerosakan atau kesusahan lain terhadap insurans penunggang motosikal tersebut.

Oleh itu, jika anda berada dalam situasi ini, anda boleh membuat tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga (Third Party Property Damage) terhadap syarikat insurans penunggang motosikal, terutamanya apabila polis atau mahkamah mengesahkan anda di pihak yang benar.

Jadi apa itu TTPD? Dasar ini melindungi pengguna jalan raya terhadap tuntutan pihak ketiga atas kecederaan atau kematian yang disebabkan pelaku semasa kemalangan. Ia juga meliputi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan pelaku.

Kalau motosikal terlanggar kereta, insurans motosikal boleh 'cover' kos baik pulih kereta tak? 05

Kredit Foto

Walaupun terdapat peruntukan undang-undang dalam isu ini, meyakinkan pihak bertanggungjawab untuk mempercayai bahawa sebuah motosikal melanggar kereta mungkin sedikit sukar. Stigma ini berakar umbi daripada penunggang motosikal yang dilihat rendah kedudukan, susah dan sebagainya mungkin tidak mampu menampung kos baik pulih kereta. Pemandu kereta pula dilihat 'mengambil kesempatan' terhadap penunggang yang susah.

Baca: Bagaimana simbol seperti Mercedes & BMW kuat? Benarkah mitos jenama mempengaruhi persepsi kita?

Marcapada ini, adalah disarankan untuk memasang dashcam kereta bagi membantu menangani persepsi ini. Pelaburan yang bijak untuk mengelakkan kesusahan di kemudian hari.

Konklusi, bukan semua salah pemandu

Berdasarkan proses keadilan yang digariskan di atas, adalah jelas bahawa mahkamah akan mengkaji setiap sudut dan bukti sebelum menentukan siapa yang bersalah dalam menyebabkan kemalangan. Ini menyangkal mitos bahawa dalam senario tersebut, penunggang motosikal lebih banyak disebelahi oleh badan keadilan.

Oleh kerana jumlah penunggang motosikal yang ramai di ASEAN, agensi keselamatan jalan raya seperti ASEAN NCAP sudah mula meletakkan kriteria keselamatan persekitaran dalam protokol baharu 2021 - 2025. Ini mendorong pengeluar kenderaan supaya hadir dengan fungsi keselamatan seperti Blind Spot Monitor (BSM) dan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) untuk model-model akan datang.

Baca: ASEAN NCAP pertimbangkan sistem AEB bermula Jan 2021, keselamatan penunggang motosikal jadi asas

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda