window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Kalau saya ni ada elaun tak apa" - Abang Viva tiba bantu mangsa banjir di Besut, jawab seruan netizen

Mersita · Dec 20, 2022 03:00 PM

Sukarelawan terkenal Azwan Omar, lebih terkenal dengan gelaran Abang Viva, tiba di Besut semalam untuk membantu mangsa banjir walau setelah menjawab pertikaian netizen tentang penyertaannya dalam usaha bantuan itu.

Ketibaannya di Terengganu dikongsikan oleh pengguna TikTok @am_5335 dengan kapsyen, “Semoga dipermudah urusan Abg Viva.” Abang Viva dilihat tiba di kawasan terjejas banjir itu menaiki Mitsubishi Triton berserta bot ringan di roof racknya.

@am_5335 Semoga dipermudah urusan abg viva 💪💪 #fyp #banjir #besut #fypシ ♬ Ya Badrotim - IFTAH QULUBANA

Terdahulu, netizen dilaporkan menyoal penyertaan Abang Viva dalam misi bantuan mangsa banjir di Pantai Timur yang terkesan sejak hujung minggu lalu. Menurut laporan Astro Awani, Abang Viva ada meluahkan perasaan berhubung persoalan netizen dan menjelaskan beberapa kekangan yang dihadapinya dalam misi bantuan mangsa banjir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Banjir je saya sampai, banjir je sampai. Itu saya. Tapi masalahnya modal kita orang sendiri. Hari itu ke Kelantan, Terengganu pun, saya seorang je habis hampir RM1,000. Untuk minyak dan tol sahaja. Makan lain… Korang rasa?

“Kalau saya ni ada elaun tak apa. Masalahnya kena fikir juga, saya dah kahwin, ada anak bini. Saya ni sukarelawan, bukannya kerja tetap saya. Jadi orang tak boleh pertikaikan saya turun ke tidak,” jelasnya dalam satu ‘live’ dikongsikan oleh isterinya.

Bagaimanapun, netizen rata-rata memahami alasan yang diberikan sukarelawan itu dan menganggap luahan berkenaan sekadar untuk memberi penjelasan kepada permintaan orang ramai setiap kali kejadian banjir berlaku.

Apa-apa pun, Abang Viva sudahpun tiba di Terengganu untuk menjalankan misi bantuannya seperti biasa. Meninjau di ruangan komen video di atas, rata-rata netizen bersorak selain menggesa orang ramai untuk tampil menghulurkan sumbangan kepada para sukarelawan yang sanggup datang membantu mangsa banjir atas pembiayaan sendiri bagi mengurangkan beban mereka.

Menurut laporan Sinar Harian, setakat 19 Disember 2022, keadaan banjir di Besut semakin buruk dan semua jalan menuju ke daerah itu terpaksa ditutup sejak Ahad kerana ditenggelami air. Jumlah mangsa banjir di wilayah itu juga merekodkan antara tertinggi di Terengganu; 5,492 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Abang Viva mula meraih perhatian ramai sejak usaha menyelamatnya di Shah Alam pada Disember 2021 tular di media sosial.

Juga baca:

"Tahniah dan setimpal!", ramai puji 'Abang Viva' terima Pingat Jasa Kebaktian dari k'jaan Melaka!

Abang Viva lulus Kursus Asas Pertahanan Awam, mahu lebih ilmu menyelamat

Bukan setakat hadiah motosikal, ‘Abang Viva’ kita diberi Mitsubishi Triton dari jutawan kosmetik!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda