window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kalendar ARRC 2023 diumum, dua perlumbaan di Buriram, SIC pusingan ke-2!

Khairil ยท Dec 13, 2022 06:00 PM

Kalendar ARRC 2023 diumum, dua perlumbaan di Buriram, SIC pusingan ke-2! 01

Tak menunggu masa yang lama, promoter Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Two Wheels Motor Racing tampil mengumumkan kalendar perlumbaan musim 2023 yang dijadual berlangsung sebanyak enam pusingan.

Kalendar ARRC 2023 diumum, dua perlumbaan di Buriram, SIC pusingan ke-2! 02

Senarai juara setiap kategori ARRC musim 2022

Daripada enam pusingan, dua pusingan dijadual berlangsung di Thailand, 1 di Malaysia, 1 di Jepun, 1 di China dan satu pusingan akan diumumkan kelak.

Seperti musim lalu, perlumbaan elit motosikal Asia itu akan membuka tirainya di Litar Buriram, Thailand pada Mac 2023 selain turut menjadi venue penutup musim yang dijadual pada Disember.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalendar ARRC 2023 diumum, dua perlumbaan di Buriram, SIC pusingan ke-2! 01

Juara kelas ASB1000, Zaqhwan Zaidi dari Malaysia (Honda)

Pusingan kedua perlumbaan dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada Mei sebelum saingan yang menghimpunkan pelumba-pelumba terbaik seluruh Asia itu berkunjung ke Jepun (Litar Sugo) bagi pusingan 3 pada Jun.

Kalendar ARRC 2023 diumum, dua perlumbaan di Buriram, SIC pusingan ke-2! 02

Juara kelas ASB1000, Zaqhwan Zaidi dari Malaysia (Honda Asia-Dream Racing with Showa)

Begitupun, perlumbaan Pusingan 4 yang dijadual pada bulan Ogos begitupun belum ditentukan dengan Indonesia dan Australia boleh menjadi salah satu destinasi perlumbaan yang menarik.

Perlumbaan Pusingan 5 yang dijadual di China (Litar Zhuhai) juga masih bergantung kepada SOP (Prosedur Operasi Standard) membabitkan Covid-19 di negara berkenaan sebelum Thailand menjadi venue penutup tirai.

Kalendar ARRC 2023 diumum, dua perlumbaan di Buriram, SIC pusingan ke-2! 03

Juara kelas SS600, Andi Farid Izdihar dari Indonesia (Astra Honda Racing Team) 

Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd, Ron Hogg berkata pihaknya positif terhadap prospek bagi musim 2023 berikutan pengalaman berdepan situasi tidak diingini yang ditempuhi pada tahun ini.

"Justeru, kami yakin kami dalam komuniti ARRC sudah pun berada pada momentum yang tepat pada tahun depan untuk menjadi lebih baik. Saya memberi jaminan yang musim 2023 akan menampilkan fasa yang lebih menarik," katanya.

Kalendar ARRC 2023 diumum, dua perlumbaan di Buriram, SIC pusingan ke-2! 04

Juara kelas AP250, Andy Muhammad Fadly dari Indonesia (Motul Sniper Manual Tech Racing Team Kawasaki)

Presiden FIM Asia, Stephan Carapiet dalam pada itu berkata pihaknya menjangkakan perjalanan lebih lancar bagi perlumbaan ARRC musim depan.

Kalendar ARRC 2023 diumum, dua perlumbaan di Buriram, SIC pusingan ke-2! 05

Juara kelas UB150, Wahyu Aji Trilaksana dari Indonesia (OneXOX  TKKR Racing Team Yamaha

"Dengan enam pusingan dijadualkan pada tahun depan, kami berharap ARRC akan terus memberikan cabaran buat pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba kita di Asia untuk mencapai kejayaan yang lebih menggagumkan."

Kalendar perlumbaan ARRC 2023

  • Pusingan 1 - Thailand (Litar Antarabangsa Chang, Buriram) 24-26 Mac
  • Pusingan 2 - MALAYSIA (LITAR ANTARABANGSA SEPANG) 12-14 Mei
  • Pusingan 3 - Jepun (Litar Antarabangsa Sportsland Sugo) 23-25 Jun 
  • Pusingan 4 - Akan diumumkan kelak, 11-13 Ogos
  • Pusingan 5 - China (Litar Antarabangsa Zhuhai), 6-8 Oktober
  • Pusingan 6 - Thailand (Litar Antarabangsa Chang, Buriram) 1-3 Disember

Juga baca: ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram!

Juga baca: ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda