window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kalendar sementara MotoGP 2023 terdedah, 21 pusingan, GP Malaysia pada September?

Khairil ยท Sep 19, 2022 08:00 PM

Kalendar sementara MotoGP 2023 terdedah, 21 pusingan, GP Malaysia pada September? 01

Selain perubahan format perlumbaan dengan pengenalan 'Sprint Race', kalendar saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) turut dijangka mengalami perubahan 'major' pada musim depan.

Buat pertama kali sejak tahun 2007, perlumbaan pembuka musim tidak akan berlangsung di Doha, Qatar namun bermula di Eropah iaitu Grand Prix (GP) Portugal dan dijadual berakhir mengikut tradisi di Valencia, Sepanyol.

Kalendar sementara MotoGP 2023 terdedah, 21 pusingan, GP Malaysia pada September? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejumlah 21 perlumbaan dijadual berlangsung dengan 9 pusingan di luar Eropah termasuk Malaysia.

Begitupun, mengikut laporan GPOne, GP Finland masih tidak lagi berada dalam senarai berkenaan namun paling mustahak terutama buat peminat perlumbaan elit dua roda itu di negara ini, tarikh perlumbaan GP Malaysia kini berada pada bulan September.

Kalendar sementara MotoGP 2023 terdedah, 21 pusingan, GP Malaysia pada September? 01

Malah, GP Malaysia menjadi destinasi terawal apabila perlumbaan itu beralih dari Eropah ke benua Asia yang kebiasaannya dimulakan di Jepun sebelum kehadiran Thailand dan Indonesia ke dalam kalendar kejuaraan berkenaan.

Kalendar sementara MotoGP 2023 terdedah, 21 pusingan, GP Malaysia pada September? 02

Sesi latihan musim sejuk MotoGP 2022 di Sepang, awal tahun ini. Sumber imej: FB Sepang Circuit

Sejak musim 2014, GP Malaysia sentiasa menjadi perlumbaan pusingan kedua terakhir sebelum saingan penutup tirai di Valencia, Sepanyol.

Kalendar sementara MotoGP 2023 terdedah, 21 pusingan, GP Malaysia pada September? 03

Fabio Quartararo - Sumber imej: FB Sepang Circuit

Situasi itu tidak berubah sehingga musim ini dengan perlumbaan GP Malaysia dijadualkan berlangsung pada 23 Oktober ini.

Berikut adalah kalendar sementara perlumbaan MotoGP 2023

  • 26 Mac - Portimao (Portugal)
  • 2 April - Termas de Rio Hondo (Argentina)
  • 16 April - Circuit of the Americas Texas (Amerika Syarikat)
  • 30 April - Jerez (Sepanyol)
  • 14 Mei - Le Mans (Perancis)
  • 28 Mei - Aragon (Sepanyol)
  • 5 Jun - Mugello (Itali)
  • 19 Jun - Sachsenring (Jerman)
  • 26 Jun - Assen (Belanda)
  • 9 Julai - Sokol Circuit (Kazakhstan)
  • 6 Ogos - Silverstone (Britain)
  • 20 Ogos - Red Bull Ring (Austria)
  • 3 September - Barcelona (Sepanyol)
  • 10 September - Misano (Itali)
  • 24 September - SEPANG (MALAYSIA)
  • 1 Oktober - Motegi (Jepun)
  • 9 Oktober - Phillip Island (Australia)
  • 22 Oktober - Buriram (Thailand)
  • 29 Oktober - Mandalika (Indonesia)
  • 12 November - Doha (Qatar)
  • 19 November - Valencia (Sepanyol)

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda