window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen!

Mersita · Mar 19, 2021 03:00 PM

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 01

Demi rebiu tanpa kompromi, kami telah membeli sebuah Perodua Ativa untuk berkongsi pengalaman pemilikan sebenar jangkamasa panjang yang terperinci bagi pembaca-pembaca WapCar! Kami menempah Perodua Ativa pada bulan Januari 2021 (sebelum pelancaran lagi) dan kami adalah antara pembeli pertama yang menerima SUV Perodua terbaharu ini.

Sementara menunggu, kami hubungi bilik pameran berkali-kali untuk mempercepatkan penghantaran dan akhirnya, kami dah terima kereta yang ditempah semalam, 18 Mac 2021.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 02

Pearl Delima Red – nampak lebih gelap dari yang sebenarnya dalam risalah

Varian apa yang kami tempah?

Kami memilih varian AV dengan kemasan warna dua-tona – warna badan “Pearl Delima Red” dengan bumbung hitam. Kami tidak sertakan sekali bodykit ‘Gear Up’ kerana kami mahukan rekaan yang lebih ringkas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beberapa ahli pasukan kami tidak begitu gemarkan ‘visor’ pintunya, tapi dah ada tak apa lah.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 01

Apa yang akan kami lakukan pada kereta ini?

Rancangannya ialah untuk rebiu jangkamasa panjang dan kami akan pandu kereta ini sehingga mencapai 10,000 km, dan kemudiannya kami akan leraikan sebahagian daripada kereta ini. Aktiviti peleraian kereta ini adalah untuk mendapatkan pendapat pakar bagi kualiti pembinaan Perodua Ativa.

Setelah semuanya selesai, kereta ini akan dijadikan kereta rasmi syarikat kami. Jika kami tersilap pasang balik, kami terpaksa hadap saja jika ada kesilapan dibuat.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 02

Pengambilan kereta

Perodua Taman Maluri cukup baik hati apabila mereka meletakkan kereta kami di tengah-tengah bilik pameran bagi pengalaman pengambilan yang lebih menyeronokkan.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 03

Perkara pertama yang kami lakukan ialah jalankan pemeriksaan kondisi kereta untuk pastikan tiada kesan calar atau kemek. Bukanlah niat kami untuk meragui servis yang diberi, namun sedikit cacat-cela boleh terjadi dalam proses penghantaran.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 04

Kami juga periksa satu persatu senarai item yang didatangkan bersama kereta ini dengan penasihat jualan kami, Teri, untuk pastikan semuanya ada (tayar ganti, filem cermin gelap/tint, dan sebagainya).

Teri juga menjelaskan kepada kami polisi insurans sekali lagi sebelum meninggalkan bilik pameran supaya kami faham akan perkara-perkara yang akan dilindungi nanti.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 05

Kami cabut terus pembungkus plastik di dalam kabin sejurus selepas kereta diambil. Tak sabar!

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 06

Semasa ianya diambil, kereta ini cuma ada jarak-tempuh 17 km pada odometernya.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 07

17 km pada odometer dengan tangki minyak yang hampir kosong.

Mengisi minyak Ativa buat pertama kali

Memandangkan ia didatangkan dengan tangki yang hampir kosong, perkara pertama yang kami lakukan ialah mengisi minyak dan melaras tekanan angin tayar. Kereta baharu mempunyai tekanan angin tayar yang lebih tinggi bagi tujuan penyimpanan.

Oleh itu, kami laraskan semula tekanan angin tayar Ativa baharu kami kepada 240 kPa / 34.8 psi (tekanan yang sepatutnya) dari tekanan asalnya semasa diambil iaitu 274 kPa / 39.7 psi.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 08

Sasaran kami sekarang ialah untuk membiarkan kereta ini di-’run-in’ sepenuhnya dalam masa seminggu. Oleh itu, kami akan memandunya sekitar 100 km sehari untuk mencapai ‘full run-in’.

Jangan risau, kami akan kongsi pengalaman pemeriksaan 1,000 km pertama kami dan kami akan terus kongsi dengan anda mana-mana perkara yang timbul sepanjang proses ini.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 09

Apakah tanggapan kami terhadap Ativa setakat ini?

Yang pastinya ia masih ‘bau kedai’ dan pemanduannya lebih bagus berbanding kereta-kereta Perodua yang lain. Enjin turbo 1.0-liternya juga tidak patut dipandang rendah.

Bagaimana pula dengan kualiti Ativa? Kami akan kongsikan penemuan kami sepanjang tempoh pemilikan ini.

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 10

Buat masa ini, kami masih ‘running-in’ kereta ini dan memandu dengan perlahan dan lembut. Perasaan ingin tahu kami membuak-buak untuk buktikan angka penjimatan minyak yang diperkatakan iaitu 5.29 liter/100 km serta betapa bagusnya gegaran 3 silindernya dikawal.

Adakah Ativa tahan lasak? Berbaloikah dengan harganya?

Persoalan ini masih belum terjawab dan inilah sebabnya mengapa kami ingin jalankan rebiu jangkamasa panjang ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang pengalaman pemilikan sebenar Perodua Ativa baharu; jangan malu, jangan segan – tanya saja di ruangan komen di Facebook WapCar – BM!

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen! 11

Sementara kami sedang sibuk memandu Ativa sehingga 1,000 km pertamanya, jangan lupa jenguk-jenguk kemaskini terkini dari kami!

Ini rebiu awal kami untuk Ativa:

Hanya masa menentukan jika kami ubah fikiran setelah selesai dengan rebiu jangkamasa panjang ini nanti.

Baca juga:

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!

Aksesori Gear Up untuk Perodua Ativa 2021, kasi tambah kit nampak lagi garang!

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?

Mitos atau fakta – Perodua Ativa (D55L) ada tayar ganti ataupun tidak?

Perodua Ativa 2021 tiada giliran menunggu berbulan-bulan, boleh dapat secepat mungkin!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda