Kantoi bawa ketum dalam but kereta Wira, 3 transporter ditahan polis

Mersita · Nov 27, 2020 10:00 AM

Kantoi bawa ketum dalam but kereta Wira, 3 transporter ditahan polis 01

Gambar hiasan

Disebabkan upah RM 500, dua beradik dan seorang rakan kantoi dalam perjalanan mereka menghantar kira-kira 50 kg daun ketum ke Kuala Lumpur dari pembekal di Kepala Batas.

Menurut laporan oleh Harian Metro itu, polis menemui kereta Proton Wira yang dinaiki oleh tiga lelaki berumur antara 20 dan 28 tahun dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan dalam sekatan jalan raya rentas negeri di Plaza Tol Jawi pada tengah malam Selasa lepas.

Kantoi bawa ketum dalam but kereta Wira, 3 transporter ditahan polis 01

Suspek disuruh membuka but kereta dan polis menemui lima guni yang mengandungi 45 bungkus bahan yang dipercayai daun ketum. Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1982. Salah seorang daripada mereka pula didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Berbaloikah memandu kereta lama sejauh 360 km pada musim wabak COVID-19 ini semata-mata untuk upah RM 500? Kalau anda nak tahu tentang kelasakan dan kehebatan Proton Wira Tiang Gol terpakai yang cukup lejen, anda boleh baca artikel ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru