window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kantoi layan 'Superbike' tanpa lesen, cukai jalan!

Khairil ยท Oct 24, 2021 04:00 PM

Kantoi layan 'Superbike' tanpa lesen, cukai jalan! 01

Melaram 'Superbike' tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh. Itu antara kesalahan yang direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Sepadu yang dilakukan di Plaza Tol Jalan Duta menghala Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, dua lelaki yang melakukan kesalahan berkenaan adalah berusia dalam lingkungan 40-an dan mereka dalam perjalanan untuk menjamu selera ketika ditahan.

Juga baca: JPJ Selangor kini buru 'hon tenonet' - denda sehingga RM 2k dan 6 bulan penjara!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kantoi layan 'Superbike' tanpa lesen, cukai jalan! 01

Sumber imej: Sinar Harian

Hasil siasatan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai lesen menunggang dan menggunakan cukai jalan tamat tempoh sejak tiga tahun lalu.

Selain JPJ, Ops Sepadu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Puspakom dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kantoi layan 'Superbike' tanpa lesen, cukai jalan! 02

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, susulan operasi yang dijalankan, pihaknya mengeluarkan sejumlah 318 notis atas pelbagai kesalahan.

"Ops Sepadu memberi penekanan kepada penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kebenaran rentas negeri bermula 8 Oktober lepas.

Juga baca: Pembaharuan cukai jalan JPJ sudah boleh dibuat di PUSPAKOM untuk kenderaan persendirian

Kantoi layan 'Superbike' tanpa lesen, cukai jalan! 03

Sumber imej: JPJ KL

"Selaras dengan kebenaran kerajaan untuk merentas negeri, JPJ berada di Plaza Tol Jalan Duta ini untuk memantau kenderaan yang bergerak pulang ke kampung untuk menguatkuasakan SOP PPN dan memeriksa status vaksinasi mereka.

Juga baca: Kepada 'kaki' gemar langgar lampu isyarat, ini amaran khusus JPJ untuk anda!

"JPJ Kuala Lumpur pada malam ini turut memberi fokus kepada pematuhan undang-undang terhadap pelbagai jenis kenderaan termasuk kenderaan komersil, persendirian dan motosikal," katanya pada sidang akhbar ops berkenaan.

Kantoi layan 'Superbike' tanpa lesen, cukai jalan! 04

Gambar hiasan

Aedy Fadly berkata, antara kesalahan yang dikesan berkaitan Lesen Kenderaan Memandu (LKM) cukai jalan dan Insurans 158, lesen memandu (66), kesalahan teknikal (9), cermin gelap (66), cermin sisi (5), lampu HID (7), kesalahan berkaitan nombor pendaftaran (73).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda