window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R!

Khairil ยท Feb 4, 2023 02:00 PM

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R! 01

Syarikat pengeluar motosikal Itali, Malaguti mencipta kelainan apabila memperkenalkan motosikal dalam segmen moped atau kapcai, Malaguti Spectre GP125 (2023) di pasaran Eropah.

Sebagai info, segmen kapcai sememangnya diakui cukup popular terutama di rantau ini namun situasi berkenaan tidak berlaku di negara barat terutama negara-negara maju di Eropah.

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik kepada Malaguti Spectre GP125 (2023), Malaguti yang berpangkalan di Bologna, Itali menyenaraikan kapcai berkenaan dalam kategori 'City' seperti skuter.

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R! 01

Selain skuter, syarikat itu turut mempunyai beberapa penawaran lain dalam pelbagai segmen termasuk 'Aventure', 'Supermoto' dan 'Enduro' namun menggunakan trenkuasa yang sama bersesaran 125 cc.

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R! 02

Dari sudut rekaan, Malaguti Spectre GP125 (2023) ini nampak seperti sebuah 'Super moped' dan cukup mirip kapcai handalan Honda, Honda RS150R. Ia ditambah dengan tayar belakang bersaiz 120/70-17 yang kebiasaan digunakan kapcai 'super' bersesaran 150 cc ke atas.

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R! 03

Mengulas trenkuasa, seperti namanya Malaguti Spectre GP125 (2023) dijana enjin bersesaran 125 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Udara dan digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R! 04

Kuasa yang dihasilkan adalah 10 Hp pada 8,500 rpm dan tork 9.6 Nm pada 6,500 rpm. Mungkin sedikit kelakar, menurut Malaguti, kapcai ini memiliki kelajuan maksimum 94 km/j.

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R! 05

Apa yang menarik, sistem brek motosikal ini menggunakan brek cakera tunggal depan yang bersaiz agak besar bagi motosikal kapcai iaitu 320 mm jenis petal. Brek itu lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Brek belakang juga menggunakan cakera.

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R! 06

Di bahagian suspensi, motosikal ini menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dan informasi lain adalah seperti penggunaan panel meter gabungan analog/digital, berat 123 kg, kapasiti tangki bahan api 5 liter.

Kapcai Malaguti Spectre GP125 (2023) tiba di Eropah, rekaan mirip Honda RS150R! 07

Setakat ini, Malaguti belum memberikan tanda harga rasmi bagi Malaguti Spectre GP 125 namun media di Eropah menjangkakan ia akan dijual pada harga sekitar EUR 2,200 (RM 10,230). 
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda