window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Karamjit Singh 'berpisah' dengan Proton, jalin kerjasama dengan Perodua, Myvi Turbo jadi pilihan!

Khairil · Jan 16, 2023 03:00 PM

Karamjit Singh 'berpisah' dengan Proton, jalin kerjasama dengan Perodua, Myvi Turbo jadi pilihan! 01

Selepas bertahun-tahun setia dengan Proton, legenda perlumbaan rali tersohor negara, Karamjit Singh akhirnya mengumumkan 'perpisahan' dengan jenama itu dan beralih kepada satu lagi jenama tempatan, Perodua.

Dan pilihan pelumba yang diberi julukan ‘Flying Sikh’ untuk mengharungi kempen perlumbaan selepas ini adalah 'King' iaitu Perodua Myvi yang diturbokan.

Karamjit Singh 'berpisah' dengan Proton, jalin kerjasama dengan Perodua, Myvi Turbo jadi pilihan! 02

Proton Gen2 Turbo yang digunakan Karamjit musim lalu

Alasan pelumba berusia 60 tahun itu meninggalkan Proton adalah pihaknya kini tidak lagi mendapat sokongan pengeluar kereta nasional pertama Malaysia itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti diketahui, Karamjit boleh dikatakan peminat tegar Proton dan kebanyakan kejayaan yang berada dalam kabinet trofinya diraih bersama jenama berkenaan.

Juga baca: Masih berbisa, Karamjit Singh juarai pusingan 1 MNRC 2022, guna Proton Gen.2 AWD Turbo!

Karamjit Singh 'berpisah' dengan Proton, jalin kerjasama dengan Perodua, Myvi Turbo jadi pilihan! 01

Proton Gen2 Turbo yang digunakan Karamjit musim lalu

"Selepas ini, saya tidak akan lagi berlumba menggunakan kereta Proton Gen2 berusia 16 tahun yang dibeli pada 2017," katanya memetik laporan Bernama ketika Majlis Penyampaian Trofi Kejohanan Rali Kebangsaan Malaysia, semalam.

"Untuk kereta ini, saya sudah membelanjakan lebih RM 500,000 duit simpanan bagi tujuan pengubahsuaian."

Karamjit Singh 'berpisah' dengan Proton, jalin kerjasama dengan Perodua, Myvi Turbo jadi pilihan! 02

Antara kejayaan diraih Karamjit 

Mengulas lanjut, Karambit berkata kereta rali di seluruh dunia sama ada di WRC (World Rally Championship) 1 atau 2 sememangnya bersaiz kecil seperti Myvi. Ia dikatakan lagi mudah dipandu kerana beratnya yang ringan.

“Jadi sebab itu juga saya setuju cuba Myvi, mana tahu Perodua akan sokong kita di masa depan. Saya sebenarnya rasa sayang nak bertukar kerana saya peminat Proton sejak tahun 1988, tapi apa boleh buat dia (Proton) memang tak ada bagi sokongan, jadi terpaksa tukar."

Karamjit Singh 'berpisah' dengan Proton, jalin kerjasama dengan Perodua, Myvi Turbo jadi pilihan! 03

Sekalipun sudah memasuki usia 60 tahun, Karamjit bakal mempertahankan gelaran juara kebangsaan pada kejohanan yang dijadual bermula Jun depan, selain bersaing pada Kejuaraan Rali Indonesia dan bercadang bertanding pada Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) bagi musim 2023.

Juga baca: Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup

Karamjit Singh 'berpisah' dengan Proton, jalin kerjasama dengan Perodua, Myvi Turbo jadi pilihan! 04

Antara kejayaan diraih Karamjit bersama Proton

Dan untuk memastikan kereta baharu mengikut spesifikasi perlumbaan antarabangsa, Karamjit berkata pihaknya memerlukan kos pengubahsuaian antara RM 500,000 sehingga RM 800,000 yang menyaksikan jentera itu bakal diubah suai antaranya menggunakan enjin 2.0 liter turbo dan menjadi pacuan empat roda.

Susulan kos yang tinggi itu, Karamjit yang juga juara kebangsaan 17 kali dan APRC tujuh kali mengharapkan ada pihak dari kerajaan atau sektor korporat yang akan tampil memberi bantuan.

Karamjit Singh 'berpisah' dengan Proton, jalin kerjasama dengan Perodua, Myvi Turbo jadi pilihan! 05

Karamjit berkata Proton Gen2 miliknya akan disewa kepada pelumba lain untuk digunakan dalam mana-mana perlumbaan memandangkan keadaannya dalam keadaan baik.

Sebagai rekod, Karamjit pernah memandu pelbagai model Proton iaitu Saga bermula 1988-1992, Iswara (1993-1994), Wira (1995-1999 dan 2006-2007), PERT (2000-2005), Satria Neo (2011-2015) dan Gen2 dari 2017 sehingga tahun lalu.

Sumber imej: FB Karamjit Singh

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda