window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Karamjit Singh kembali ke sukan rali dengan Cisco Racing, janji akan masyurkan semula nama Malaysia

Zamil Syaheer · Apr 13, 2021 12:30 PM

Karamjit Singh kembali ke sukan rali dengan Cisco Racing, janji akan masyurkan semula nama Malaysia 01

Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pemandu berusia 59 tahun itu yang juga dikenali sebagai 'Flying Sikh' berkata melalui kerjasama antara agensi kerajaan berkaitan dan pihak penganjur, akan dapat menjadikan Malaysia di peta kejohanan dunia sekali lagi.

Karamjit Singh kembali ke sukan rali dengan Cisco Racing, janji akan masyurkan semula nama Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Saya fikir penganjur sekarang mempunyai impian untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia. Saya yakin dengan bantuan dan sokongan agensi berkaitan, kita boleh bawa kejohanan rali ke Malaysia dan menjadi tumpuan dunia semula.

“Negara mempunyai infrastruktur dan laluan rali yang cantik untuk menganjurkan acara kejohanan rali di sini,” kata Olahragawan Negara 2002 itu kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasukan Cisco Racing di sini pada Isnin.

Karamjit Singh kembali ke sukan rali dengan Cisco Racing, janji akan masyurkan semula nama Malaysia 01

Rabin Nijhar (berbaju hitam).

Sementara itu, Pengarah Urusan Cisco, Rabin Nijhar berkata risiko awal perlu dipertimbangkan untuk mencipta masa depan yang lebih besar dalam kejohanan rali.

“Saya fikir Malaysia perlu kisah kemunculan semula sekarang, kita perlukan dana yang lebih besar, pasukan besar untuk melabur pada masa depan (perkongsian) dan mengambil risiko awal dan mengubahnya menjadi sesuatu yang besar.

Karamjit Singh kembali ke sukan rali dengan Cisco Racing, janji akan masyurkan semula nama Malaysia 02

“Ketika kita keluar daripada pandemik ini, negara ini memerlukan kisah kemunculan semula dan saya percaya Karamjit adalah kisahnya. Kami teruja untuk membawa Malaysia bersama-sama, menyokong ikon negara sebenar,” katanya.

Turut hadir rakan lama Karamjit, Jagdev Singh yang teruja untuk kembali menyertai rali bersama Karamjit mewakili pasukan Cisco Racing.

Kedua-dua mereka tidak sabar untuk beraksi dalam Kejuaraan Rali Kebangsaan Malaysia yang diadakan pada 26 hingga 27 Jun bertempat di Sepang. Karamjit bakal mengemudi Proton Gen2 2.0L Turbo 4WD yang telah digunakan sejak 2017.

Walaupun ia sebuah jentera lama, Gen2 berkenaan bukanlah kereta sebarangan. Jentera ini sebenarnya telah dihasilkan oleh Proton sendiri pada tahun 2007 sebagai rakan teknikal kepada Felda Rally Team.

Karamjit Singh kembali ke sukan rali dengan Cisco Racing, janji akan masyurkan semula nama Malaysia 03

Proton Waja kesayangannya yang sudah dijual.

Pada Disember tahun lalu, Karamjit dilaporkan terpaksa menjual apartmen, tiga kereta dan menggunakan wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM1 juta sejak 2012 sebagai modal untuk berlumba, sebelum hampir memulakan kerjaya sebagai pemandu e-hailing.

Sumber berita: Harian Metro
Sumber imej: Karamjit Singh

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda